Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memohon maaf ke atas beberapa poster yang dikeluarkan berhubung 'tips' bagi kaum wanita yang kini sedang bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Poster berkenaan mendapat kritikan hebat dari orang ramai yang menyifatkan ia tidak sensitif terhadap peranan wanita dalam sektor pekerjaan.

Dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman media sosial rasmi kementerian itu, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita berkata pihaknya mengambil maklum bahawa kandungan poster berkenaan tidak bersesuaian dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.


Rata-rata netizen berpendapat kementerian itu sepatutnya membantu wanita yang berdepan keganasan rumah tangga serta kebajikan, bukannya memberi tumpuan kepada penampilan atau nada suara terhadap suami.

Sehingga malam Selasa, isu mengenai poster tersebut menjadi bahan bualan orang ramai sehingga nama menterinya, Datuk Seri Rina Harun menjadi 'trending' di Twitter.

BACA: 500,000 penerima bantuan JKM terima bayaran 25 Mac