Kementerian Pendidikan mengarahkan Lembaga Peperiksaan Malaysia menyiasat dakwaan calon peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pulau Pinang yang tidak dibenarkan menjawab menggunakan dwibahasa.
Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Chong Sin Woon berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana kementerian tidak pernah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan calon di SJKC seluruh negara menjawab menggunakan dwibahasa.
"Arahan kita sama seperti tahun-tahun sebelum ini...setakat semalam tiada perubahan dasar yang mengatakan kita tidak membenarkan calon UPSR di SJKC menjawab dalam dwibahasa.
"Kita telah arahkan Lembaga Peperiksaan menyiasat hal ini kerana khuatir akan memberi kesan kepada murid-murid sebab ada banyak lagi kertas peperiksaan yang akan mereka duduki sehingga 10 Sept ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan UPSR di SJKC Khai Mun Pagi, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Chong berkata pihaknya telah meminta penjelasan daripada Ketua Pengawas Peperiksaan sekolah yang terlibat untuk mengetahui daripada mana mereka menerima arahan tersebut.
"Beliau hanya berkata mendapat arahan agar semua kertas peperiksaan UPSR di SJKC dijawab dalam Bahasa Malaysia.
"Sedangkan tiada sebarang pekeliling yang mengatakan pelajar tidak boleh menjawab dalam dwibahasa.
"Sehubungan itu, saya telah meminta Pengarah Pendidikan Negeri memberi penjelasan sebenar agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan calon yang mengambil ujian berkenaan," katanya.
Chong juga berkata, kementerian turut memastikan tiada lagi isu berkaitan soalan bocor berlaku dalam peperiksaan UPSR tahun ini seperti tahun lalu.
"Kementerian mengambil iktibar daripada kejadian yang lepas, dan mengambil langkah berwaspada bagi memastikan ia tidak berulang.
"Kami sudah mengemaskini operasi di bilik kebal dan siapa yang dipertanggungjawabkan memegang kertas soalan selain memperketatkan lagi prosedur," katanya.
Seramai 455, 929 calon menduduki UPSR yang diadakan serentak di seluruh negara mulai hari ini.
Bernama
Tue Sep 08 2015
CHONG: Setakat semalam tiada perubahan dasar yang mengatakan kita tidak membenarkan calon UPSR di SJKC menjawab dalam dwibahasa. - Gambar Fail
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Ketua pembangkang Korea Selatan desak pemecatan Yoon
Ketua pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung, menyatakan bahawa pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol adalah cara terbaik memulihkan ketenteraman negara.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.
Peranan wanita MCA semakin penting dalam situasi politik semasa
Jawatankuasa Pusat Wanita MCA yang baharu perlu membantu parti itu mendapatkan semula sokongan pengundi Cina.
MCA tidak bertanding pada PRN, tumpu persediaan hadapi PRU16
MCA tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bulan depan.
Zahid perlu utamakan komponen BN, bukan DAP - MCA
Chong berkata, Ahmad Zahid harus menjaga kepentingan dan mengutamakan parti komponen dalam BN, bukannya Pakatan Harapan, terutamanya DAP.
Pemilihan MCA pusat pada 24 Sept - Setiausaha Agung
Proses penamaan calon bagi kesemua jawatan termasuk kedua-dua sayap akan diadakan pada 11 Sept ini.
Pemilihan MCA bermula April
Pemilihan MCA 2023 di peringkat cawangan dan bahagian akan diadakan di seluruh negara bermula April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon.
MCA adakan AGM secara tertutup tahun ini
MCA akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-69 parti itu secara tertutup pada 17 dan 18 Dis ini.
PRU15: Ada sebab BN Pahang ketengah muka baharu di Parlimen Raub - Wan Rosdy
Menurut Wan Rosdy, calon PRU15 yang dikemukakan oleh MCA dan bertanding atas tiket BN di Parlimen Raub itu sudah pastinya terdiri daripada calon boleh menang sekali gus mampu memenangi hati pengundi.
Sambutan ulang tahun MCA ke-73 secara hibrid Jumaat ini
Acara dijadual bermula pada 11 pagi secara hibrid dengan kehadiran barisan kepimpinan MCA dan ahli-ahli parti.
Komponen BN tetap sokong PN sehingga pilihan raya berikutnya - Presiden MCA
Presiden MCA, Chong Sin Woon berkata situasi itu tidak menjejaskan pendirian partinya untuk terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.