awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pendidikan siasat video pelajar mabuk dibuli rakan

Bernama
Bernama
25/06/2017
11:11 MYT
Kementerian Pendidikan siasat video pelajar mabuk dibuli rakan
Video dua minit setengah itu dipercayai membabitkan lapan orang pelajar dimuat naik ke akaun Facebook Malaysian Tamilar Kural. -Gambar: Facebook Malaysian Tamilar Kural
Kementerian Pendidikan sedang menyiasat video memaparkan sekumpulan remaja berpakaian uniform sekolah mengganggu rakan mereka yang dipercayai mabuk, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan.
Perbuatan berkenaan dipercayai berlaku di luar kawasan sekolah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai video berkenaan semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana, di sini, hari ini.
Video dua minit setengah itu dipercayai membabitkan lapan orang pelajar dimuat naik ke akaun Facebook Malaysian Tamilar Kural, Khamis lepas
Dalam video itu, kesemua mereka juga dilihat saling berbalas kata-kata tidak sopan dalam bahasa Tamil.
Kamalanathan berkata kementerian memandang berat akan hal itu dan akan berusaha menyelesaikan masalah disiplin pelajar secara total termasuk menyasarkan sifar kes buli.
Kementerian Pendidikan akan sentiasa terima pandangan dan teguran orang ramai untuk bantu dalam menyelesaikan masalah itu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buli
#kes buli
#Najib Razak
#p kamalanathan
#pelajar
#pelajar mabuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan