awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang teliti pertindihan tugas, peranan agensi

Bernama
Bernama
27/10/2024
10:46 MYT
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang teliti pertindihan tugas, peranan agensi
Johari ditemu bual pemberita selepas hadir pada Program Jelajah Peduli Ummah: Program Ummah Bantu Ummah Sejahtera Insan Al-Falah di Desa Pandan hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang meneliti peranan agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan untuk mengenal pasti sama ada wujud pertindihan tugas dan peranan sebelum langkah selanjutnya diambil termasuk penggabungan.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata langkah itu adalah bagi memastikan setiap agensi tidak mempunyai 'duplicating of work' serta memastikan agensi di bawah kementerian berkenaan kekal relevan.
"Kita sedang mengkaji sama ada agensi-agensi itu perlu digabungkan ataupun tidak. Contohnya, kalau ada dua atau tiga agensi kecil mungkin kita boleh gabungkan menjadi satu.
"Kalau agensi ini tidak lagi relevan, mungkin kita akan buat sesi libat urus dengan petugas yang terlibat, sama ada tempatkan mereka dalam agensi yang kita rasa perlu pertambahan petugas," katanya kepada media selepas merasmikan program "Jelajah Peduli Ummah: Program Ummah Bantu Ummah Sejahtera Insan Al-Falah" di Flat Desa Pandan di sini hari ini.
Johari berkata pihaknya juga akan mengkaji implikasi ke atas agensi yang mempunyai petugas berpencen untuk ditempatkan ke agensi yang lain sekiranya langkah itu berlaku.
Pada 22 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat berkata kerajaan memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan termasuk Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) bagi menangani pertindihan fungsi dalam badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Perladangan dan Komoditi
#JOHARI ABDUL GHANI
#pertindihan tugas dan peranan
#penggabungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan