awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke final Masters Indonesia
Pembangunan pendidikan Parlimen Hang Tuah Jaya dijangka meningkat RM1 juta
Sarawak perkukuh peranan sebagai hab tenaga hijau melalui Projek Penyambungan Grid Kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen Clean Thaipusam diperluas ke enam negeri, libatkan 600 Sukarelawan

Bernama
Bernama
24/01/2026
04:05 MYT
Kempen Clean Thaipusam diperluas ke enam negeri, libatkan 600 Sukarelawan
Timbalan Menteri Perpaduan Negara Yuneswaran Ramaraj (tiga, kiri) dan Sivakumar (dua, kanan) merasmikan pelancaran kempen Clean Thaipusam 2026 di Batu Caves hari ini. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Inisiatif kebersihan dan kelestarian sempena perayaan Thaipusam yang diterajui pertubuhan bukan kerajaan Clean Thaipusam kini diperluas ke enam negeri dengan penglibatan kira-kira 600 sukarelawan, kata pengasasnya JK Wicky.
Beliau berkata kempen yang bermula secara kecil-kecilan pada 2019 dengan hanya kira-kira 20 sukarelawan itu, kini berkembang secara signifikan hasil sokongan orang ramai, pihak pengurusan kuil serta penaja korporat yang membawa konsep tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"Thaipusam bukan hanya perayaan masyarakat India, tetapi disertai penganut dan pengunjung daripada pelbagai kaum. Justeru, kebersihan dan disiplin membuang sampah di tempat yang betul perlu menjadi budaya bersama," katanya kepada Bernama.
JK Wicky berkata pada Thaipusam yang disambut pada 1 Feb nanti, Clean Thaipusam akan melaksanakan operasi di Selangor termasuk Batu Caves, Pulau Pinang, Sungai Petani (Kedah), Ipoh (Perak), Merlimau (Melaka) dan Masai (Johor), melibatkan pengurusan sisa, pengasingan bahan kitar semula serta penempatan tong sementara di kawasan tumpuan.
Beliau berkata konsep kitar semula diperluas tahun ini dengan penekanan kepada pengasingan botol plastik, manakala bank buah turut disediakan bagi mengumpul lebihan buah persembahan untuk diagihkan semula atau digunakan secara beretika tanpa pembaziran.
Pada tahun lepas, kira-kira 320 kilogram sisa plastik berjaya dikumpul dan dikitar semula, namun jumlah sampah yang dibuang masih tinggi ketika perayaan berlangsung.
Sehubungan dengan itu, Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam Datuk N. Sivakumar yang menguruskan Batu Caves, memaklumkan bahawa kira-kira tiga tan selipar dibuang setiap tahun di sekitar kawasan perayaan Thaipusam, sekali gus mencerminkan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran awam.
"Kami menggesa para penganut dan pengunjung supaya tidak meninggalkan selipar dan barangan peribadi merata-rata, sebaliknya menggunakan kemudahan yang disediakan atau membuangnya di tempat yang betul," katanya.
Orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan Clean Thaipusam boleh mendaftar secara dalam talian menerusi pautan forms.gle/eSszZKQQZbU8geQ26.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thaipusam
#Batu Caves
#Clean Thaipusam
#kebersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan