NATIONAL
Kempen Ketuanan Pengundi, Bersih 2.0 bawa enam tuntutan, perkasa suara rakyat

Thomas Fann (empat dari kiri) berkata, kempen inisiatif melalui pembaharuan insitusi dan sistem politik negara itu akan berlangsung sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 dan kali ini lebih tertumpu di kawasan pedalaman. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sekali lagi melancarkan kempen Ketuanan Pengundi bagi memperkasakan suara rakyat sebagai suara keramat dalam demokrasi negara.
Pengerusinya, Thomas Fann berkata, kempen inisiatif melalui pembaharuan insitusi dan sistem politik negara itu akan berlangsung sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan kali ini lebih tertumpu di kawasan pedalaman.
Beliau menjelaskan, kempen itu mengetengahkan enam tuntutan dalam memperkasakan hak pengundi dan meratakan padang permainan politik negara.
"Pengundi diketepikan dalam keadaan politik negara. Kita ada membuat kajian berhubung isu ini dan kita ada membuat beberapa cadangan untuk mereformasikan institusi negara," katanya kepada pemberita selepas sesi townhall di sini, pada Sabtu.Kempen itu akan membawa semua pembaharuan penting dalam enam tuntutan untuk memperkasakan hak pengundi. Enam tuntutan tersebut adalah:
1. Jangan nafi undi rakyat
- Mengadakan undi awal untuk pengundi Sabah dan Sarawak yang mengundi di Semenanjung.
- Perbaharui undi pos untuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara.
- Menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi hal ehwal pilihan raya sebagai penyeliaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
- Memperbaharui proses pelantikan Pesuruhjaya Pilihan Raya.
- Memperkenalkan undang-undang pilihan raya pecat.
- Kanunkan undang-undang peruntukan wakil rakyat yang saksama bagi ahli Parlimen dan ADUN.
- Pekenalkan pendanaan awam kepada parti politik supaya mereka tidak terlalu bergantung dengan sumber lain.
- Perkasakan Jawatankuasa Pilihan Raya Khas Parlimen dengan memberikan peranan bermakna kepada backbenchers kerajaan serta pembangkang dalam proses pembuatan undang-undang serta semak dan imbang.
- Perkenalkan Akta Perkhidmatan Parlimen supaya Parlimen lebih autonomi.
- Mansuhkan akta-akta drakonian.
- Pertahankan hak bersuara serta berhimpun secara aman seperti dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
5. Tolak dua darjat
- Reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- Memisahkan peranan dan kuasa Peguam Negara dengan Pendakwa Raya.
- Perkenalkan semula pilihan raya kerajaan tempatan.
- Desentralisasikan kuasa Persekutuan kepada negeri-negeri dan wilayah Sabah dan Sarawak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami