MALAYSIA
Kempen Malaysia Membaca sepanjang Oktober ini

Kajian menunjukkan peningkatan kadar pembacaan rakyat Malaysia daripada dua naskhah setahun pada 2005 kepada 15 naskhah setahun (2014) dan 24 naskhah setahun (2023). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menggerakkan Kempen Malaysia Membaca sepanjang Oktober ini, bersempena dengan penganjuran Karnival Baca Perdana yang berlangsung sepanjang bulan depan.
Ringkasan AI
- Kementerian Perpaduan Negara melalui PNM melancarkan Kempen Malaysia Membaca sepanjang Oktober bersempena Karnival Baca Perdana dengan pelbagai aktiviti di perpustakaan seluruh negara.
- Kempen ini menyokong aspirasi Malaysia sebagai negara pembaca menjelang 2030, membentuk masyarakat berpengetahuan, kritis, inovatif dan berdaya saing.
- Kajian menunjukkan kadar pembacaan rakyat meningkat daripada 2 buku (2005) kepada 24 buku setahun (2023), membuktikan usaha kerajaan berkesan dalam memupuk budaya membaca.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan sama berkata kempen itu akan memperkukuh usaha ke arah melahirkan rakyat celik maklumat, bersikap terbuka dan sentiasa meningkatkan keupayaan diri melalui pembacaan.
"Aspirasi utama Kerajaan MADANI melalui kementerian ialah menjadikan Malaysia sebagai negara pembaca menjelang 2030.
"Aspirasi ini bukan sahaja menekankan aspek jumlah bahan bacaan, malah turut memberi tumpuan kepada pembentukan masyarakat berpengetahuan, kritis, inovatif serta berdaya saing dalam ekonomi berteraskan ilmu," katanya.
Menurut kementerian itu, data Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia telah menunjukkan peningkatan positif, sekali gus membuktikan keberkesanan usaha kerajaan dan rakan strategik dalam memupuk budaya ilmu serta kecintaan terhadap bahan bacaan.
Kajian itu menunjukkan peningkatan kadar pembacaan rakyat negara ini daripada dua naskhah setahun pada 2005 kepada 15 naskhah setahun (2014) dan 24 naskhah setahun (2023).
Kementerian itu turut mengajak rakyat Malaysia untuk menjadikan membaca sebagai gaya hidup harian serta berkongsi pengalaman di media sosial dengan tanda pagar #MalaysiaMembaca.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami