awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen pemilikan rumah dilanjutkan hingga Disember - Zuraida

Bernama
Bernama
30/06/2019
22:10 MYT
Kempen pemilikan rumah dilanjutkan hingga Disember - Zuraida
Menurut Zuraida, terdapat permintaan yang kuat dalam kalangan pembeli dan syarikat pemaju agar tempoh kempen dilanjutkan hingga Disember berbanding sasaran asal sehingga Jun 2019. - Gambar hiasan
Kempen Pemilikan Rumah yang sepatutnya berakhir bulan ini, dilanjutkan hingga Disember bagi membuka ruang kepada lebih ramai rakyat untuk memiliki kediaman sendiri.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata ia juga diharap dapat membantu industri perumahan negara untuk berada pada landasan sebenar.
"Kempen yang dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini telah mendapat sambutan yang baik daripada pembeli rumah dan syarikat pemaju perumahan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Kempen itu mula dijalankan sejak Januari lepas atas inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama beberapa persatuan pemaju perumahan.
Zuraida menarik perhatian, ia antara lain memberi manfaat kepada pembeli dengan menawarkan pengecualian terus duti setem atau pengurangan duti setem yang bergantung kepada harga unit kediaman.
"Selain itu, tambahan potongan harga 10 peratus berdasarkan harga permit iklan dan jualan asal atau harga jualan juga dapat dinikmati pembeli," katanya.
Menurut Zuraida, beliau dimaklumkan terdapat permintaan yang kuat dalam kalangan pembeli dan syarikat pemaju agar tempoh kempen dilanjutkan hingga Disember berbanding sasaran asal sehingga Jun 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beli rumah
#kempen pemilikan rumah
#KPKT
#rumah mampu milik
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan