Dalam usaha merancakkan semula pasaran hartanah, kerajaan memperkenalkan insentif cukai dengan mengembalikan semula Kempen Pemilikan Rumah.
Melalui kempen tersebut, pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian kediaman yang bernilai antara RM300,000 hingga RM2.5 juta.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik adalah terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman tersebut manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman.
"Pengecualian ini akan berkuatkuasa bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021 tertakluk kepada syarat pemberian diskaun sekurang-kurangnya 10 peratus oleh pihak pemaju," katanya dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek, di sini pada Jumaat.
Selain itu, Perdana Menteri berkata Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah turut diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021.
Jelas beliau, pengecualian tersebut akan dihadkan bagi pelupusan tiga unit rumah kediaman sahaja untuk setiap individu.
"Selain itu, had pembiayaan bagi pinjaman rumah ketiga dan seterusnya yang bernilai RM600 ribu ke atas tidak lagi tertakluk kepada 70 peratus daripada nilai rumah, semasa tempoh program Kempen Pemilihan Rumah, tertakluk kepada pengurusan risiko dalaman institusi kewangan," katanya.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan.
Selain itu, katanya pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus kepada kereta penumpang import turut diberikan.
Katanya, pengecualian cukai tersebut akan bermula bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020.
Hasimi Muhamad
Fri Jun 05 2020
![Kempen Pemilikan Rumah tawar pengecualian duti setem dikembalikan semula - PM Kempen Pemilikan Rumah tawar pengecualian duti setem dikembalikan semula - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51585301613_RumahPPR.jpg)
Melalui kempen tersebut, pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang bernilai antara RM300,000 hingga RM2.5 juta.
AWANI 7:45 [18/1/2025] – Op Sky: empat lagi ditahan| Tiga ditahan kes pukul OKU| Permulaan positif 2025
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
1. Empat lagi direman Op Sky, perasuah laluan pinjaman peribadi digempur
2. Polis tahan tiga lelaki kes pukul OKU di pasar tani
3. PM bawa pulang RM11 bilion potensi pelaburan dari UK
4. Selepas lebih setahun, akhirnya gencatan senjata di Gaza pagi esok
1. Empat lagi direman Op Sky, perasuah laluan pinjaman peribadi digempur
2. Polis tahan tiga lelaki kes pukul OKU di pasar tani
3. PM bawa pulang RM11 bilion potensi pelaburan dari UK
4. Selepas lebih setahun, akhirnya gencatan senjata di Gaza pagi esok
Agenda AWANI Asia: Usaha tangani bencana alam
Apakah strategi dan pendekatan menangani bencana alam abad ini? Sejauh mana tahap kesedaran masyarakat awam terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana alam? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Minat pelabur asing mengukuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Januari 2025
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
![HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731897241_EkonomiMalaysia.jpg)
HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Nigeria sah sertai BRICS sebagai negara rakan
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Brazil dalam kenyataan pada Sabtu.
Suk Yeol hadir pendengaran bantahan penahanan rasmi
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri pendengaran di sebuah mahkamah di Seoul pada Sabtu untuk membantah kemungkinan penahanan rasminya atas keputusan penguatkuasaan undang-undang tentera bulan lepas.
Eksesais La Perouse: Perkukuh kerjasama maritim Malaysia-Perancis
Kerjasama membabitkan Malaysia dan Perancis terus diperkukuhkan dengan pembabitan kedua-dua negara Eksesias La Perouse.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
![Pasaran hartanah dijangka kembali aktif - Penganalisis Pasaran hartanah dijangka kembali aktif - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591421019_TBrumah.jpg)
Pasaran hartanah dijangka kembali aktif - Penganalisis
Pasaran hartanah negara dijangka kembali aktif susulan Kempen Pemilikan Rumah yang diperkenalkan semula oleh kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
![Tiada pemberian status warganegara kepada pembeli rumah program MM2H - Wan Azizah Tiada pemberian status warganegara kepada pembeli rumah program MM2H - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71568957632_TBWANAZIZAH.jpg)
Tiada pemberian status warganegara kepada pembeli rumah program MM2H - Wan Azizah
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan hanya bercadang menawarkan visa selama 10 tahun kepada bakal pembeli mengikut syarat tertentu.