KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 atau dikenali sebagai undang-undang GEG (Generational Endgame) di Dewan Rakyat sebagai langkah melindungi generasi muda daripada terjebak tabiat merokok dan mengurangkan kematian akibat penyakit berkaitan rokok.
RUU itu antara lain mengetengahkan larangan merokok apa-apa produk tembakau atau pengganti tembakau serta larangan penggunaan peranti merokok oleh mana-mana individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya serta bagi perkara yang berkaitan.
Ia turut mengadakan peruntukan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selain mengawal pengiklanan, promosi dan penajaan, penjualan serta pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok.
Menurut statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, jumlah sebenar perokok di negara ini ialah 21.3 peratus berbanding 21.5 peratus dalam NHMS 1986, iaitu hampir tidak berubah dalam 30 tahun.
Data tersebut menimbulkan kerisauan dan apabila RUU ini dikuatkuasakan, apakah rakyat benar-benar sudah bersedia?
Memetik laporan Econlib, undang-undang larangan alkohol di Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja gagal mengurangkan penggunaan alkohol secara umum, malah menambah beban pembayar cukai, populasi penjara dan rasuah.
Dasar bebas alkohol yang diperkenalkan di AS pada 1920 hanya bertahan selama 13 tahun sebelum polisi itu dibatalkan.
Belajar daripada kegagalan itu, AS pada 1988 melancarkan kempen ‘Pemandu Yang Ditetapkan’ (Designated Driver) untuk menghalang pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol.
Kempen yang bermula pada akhir 1988 itu menyaksikan kematian trafik berkaitan alkohol tahunan sebanyak 23,626 orang dan menurun sebanyak 30 peratus menjelang 1994 dan mendapat sokongan sepenuhnya rangkaian televisyen ABC, CBS dan NBC.
Justeru, kerajaan perlu memahami perbezaan antara produk alternatif tembakau dengan rokok konvensional emasa merancang dasar pengurangan kemudaratan tembakau sebelum memaksa penguatkuasaan RUU kepada rakyat.
Terlebih dahulu, nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan rokok dan sering kali digunakan dalam produk untuk berhenti merokok seperti gusi dan tampalan nikotin yang turut dikenali sebagai Terapi Gantian Nikotin (NRT).
Ia juga boleh didapati secara semula jadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kentang, tomato, terung dan lada manis.
Sebaliknya, pembakaran tembakau menghasilkan asap yang mana asap itulah menjadi punca utama penyakit berkaitan merokok. Tetapi, kalau tembakau tersebut cuma dipanaskan hanya aerosol dan nikotin akan dihasilkan.
Satu kajian yang dicapai dalam jurnal Elsevier: Regulatory Toxicology and Pharmacology bertajuk Comparative assessment of HPHC yields in the Tobacco Heating System THS2.2 and commercial cigarettes menunjukkan bahawa penghapusan pembakaran tembakau, tar dan karbon monoksida daripada merokok mengurangkan potensi bahaya sehingga 90 peratus.
Menerusi bukti-bukti tersebut, kerajaan seharusnya mengambil kira profil risiko alternatif yang berbeza berbanding hanya rokok konvensional dan mengawalnya secara berasingan.
Ia termasuk mempertimbangkan langkah-langkah pengurangan kemudaratan tembakau dalam peraturan tembakau seperti diterima pakai beberapa negara.
Contohnya di New Zealand menerusi pelan GEG, mereka mengakui dan menggabungkan peranan alternatif dalam mengurangkan kadar merokok selain memperkenalkan kempen "Vape to QuitStrong" bertujuan mengurangkan bahaya disebabkan oleh tembakau pada Mac lalu.
Di United Kingdom pula, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menggalakkan penggunaan e-rokok untuk membantu perokok berhenti merokok.
Mereka menjelaskan bahawa penggunaan e-rokok tidak bebas risiko tetapi membawa sebahagian kecil daripada risiko rokok, manakala e-rokok tidak menghasilkan tar atau karbon monoksida yang merupakan dua unsur paling berbahaya dalam asap tembakau.
Oleh itu, kerajaan sewajarnya memperhalus RUU ini dengan pendekatan yang lebih praktikal dan realistik sebelum melaksanakan undang-undang GEG.
Ehsan A Marisah
Thu Oct 06 2022
Menurut statistik NHMS 2019, jumlah sebenar perokok di negara ini ialah 21.3 peratus berbanding 21.5 peratus dalam NHMS 1986, iaitu hampir tidak berubah dalam 30 tahun. - Foto fail
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
GEG: Bukan untuk menghukum tapi melindungi - Pengamal undang-undang
Manusia akan bebas melakukan kerosakan jika tidak dipandu dengan undang-undang.