BAGHDAD: Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang ditembak oleh penunggang motosikal bersenjata di hadapan rumahnya di tengah Baghdad.
Juga dikenali sebagai seorang pempengaruh, Ghufran Sawadi atau lebih dikenali sebagai Umm Fahad, ditembak mati di luar rumahnya di ibu kota Iraq itu, pada Jumaat malam, lapor media antarabangsa.
Seorang pegawai keselamatan yang enggan namanya disiarkan berkata, penyerang itu melepaskan tembakan ke arah Umm Fahad selepas mangsa meletakkan kereta Cadillac yang dipandunya di hadapan rumah.
Sejurus melepaskan tembakan, suspek merampas telefon bimbit Umm Fahad dan segera melarikan diri dari tempat kejadian.
Seorang jiran Umm Fahad yang dikenali sebagai Abu Adam berkata, dia bergegas keluar dari rumah selepas mendengar dua das tembakan dilepaskan dan melihat "pintu kereta terbuka dan mangsa terbaring."
“Wanita yang bersamanya (dalam kereta) melarikan diri dan pasukan keselamatan segera datang dan menutup seluruh kawasan serta mengambil mayat mangsa dan menunda keretanya,” katanya.
Susulan kejadian itu, Menteri Dalam Negeri Iraq mengumumkan penubuhan " jawatankuasa siasatan khas” untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
Umm Fahad meraih populariti di platform media sosial TikTok melalui perkongsian video dia menari mengikut muzik pop dengan pakaian yang sesuai.
Sebelum ini, penyiaran video sedemikian dianggap tidak sesuai oleh badan kehakiman Iraq.
Dia juga pernah dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana "jenayah menghasilkan dan menerbitkan beberapa filem dan video yang mengandungi bahasa lucah dan tidak senonoh, melanggar kesopanan dan moral awam," kata kenyataan badan kehakiman Iraq.
Kejadian yang menimpa Umm Fahad bukanlah baharu kerana sebelum ini, personaliti media sosial Iraq yang lain juga telah menjadi sasaran serangan maut.
Pada September 2023, seorang personaliti TikTok Iraq yang popular, Noor Alsaffar atau lebih dikenali sebagai Noor BM, seorang transgender juga ditembak mati di Baghdad.
Noor Alsaffar yang mempunyai lebih 370,000 pengikut di Instagram dan TikTok pula memilih berkongsi hantaran video pendek mengenai fesyen, rambut dan solekan serta sering menari mengikut alunan muzik.
Pembunuhan Noor Alsaffar terjadi ketika Iraq bertindak keras terhadap gerakan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) dan menjadikannya sebagai jenayah dalam undang-undang negara itu. - Agensi
Agensi
Sat Apr 27 2024
![Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714256767_TBUmmFahad.jpg)
Bintang TikTok yang juga pempengaruh Ghufran Sawadi atau lebih dikenali sebagai Umm Fahad, ditembak mati di luar rumahnya di Baghdad, Iraq, pada Jumaat malam.
![Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722060245_baranganantikGale.jpg)
Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World
Mata wang haiwan yang dikumpul sejak tahun 2005 itu terdiri daripada pelbagai bentuk.
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
![Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Jordi Amat dilayang kad merah, Iraq benam Indonesia Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Jordi Amat dilayang kad merah, Iraq benam Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717721835_IndonesiavIraq.jpg)
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Jordi Amat dilayang kad merah, Iraq benam Indonesia
Dalam perlawanan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia tumbang 0-2 kepada Iraq di sebalik persembahan cemerlang dalam separuh masa pertama.
![Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714298439_rainbowflag.jpg)
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
![Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714256767_TBUmmFahad.jpg)
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pasangan pengantin Iraq masih trauma, akui jiwa mati selepas insiden kebakaran maut Pasangan pengantin Iraq masih trauma, akui jiwa mati selepas insiden kebakaran maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696146890_TBweddinfire.jpg)
Pasangan pengantin Iraq masih trauma, akui jiwa mati selepas insiden kebakaran maut
Majlis perkahwinan pada malam Selasa lalu itu dihadiri 900 tetamu, dengan kebakaran bermula kira-kira jam 10.45 malam.
![Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687171009_Proton.jpg)
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei
Kenderaan tenaga baharu pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei.
![Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693713844_TBIraqKirkukProt.jpg)
Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran
Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia' al-Sudani mengarahkan perintah berkurung dan memulakan operasi mencari di kawasan rusuhan.
![3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa 3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674803551_TBpakistan.jpg)
3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa
Perdana Menteri Iraq Mohammed al-Soudani menyifatkan hukuman itu "adil" semasa pertemuan dengan keluarga mangsa.
![Zambry mulakan lawatan rasmi pertama ke Iraq mulai Rabu Zambry mulakan lawatan rasmi pertama ke Iraq mulai Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41688123875_wismaputra.jpg)
Zambry mulakan lawatan rasmi pertama ke Iraq mulai Rabu
Zambry dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas pemimpin Iraq dan pertemuan dua hala dengan Fuad.
![NATO peluas peranannya sebagai penasihat di Iraq NATO peluas peranannya sebagai penasihat di Iraq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686024168_TBnato.jpg)
NATO peluas peranannya sebagai penasihat di Iraq
NATO sedang meluaskan misinya untuk menyokong pasukan keselamatan di Iraq, menurut pakatan pertahanan Barat yang dianggotai 31 negara itu pada Khamis.