KUALA LUMPUR: Kempen secara rasmi Pemilihan PKR 2022 hanya akan bermula selepas penamaan calon yang dijadualkan pada 8 April ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa.
Justeru Zaliha dalam kenyataan hari ini mengingatkan, JPP akan memantau rapat sebarang bentuk kempen kepada semua calon tanpa prejudis dan akan bertindak mengikut Peraturan dan Tatacara Pemilihan serta Tataetika Kempen.
Menurut Zaliha memandangkan kini sudah ada penyokong sibuk mempromosikan pimpinan pilihan masing-masing dalam pelbagai cara dan pelbagai platform media, JPP tidak bertanggungjawab terhadap kempen yang telah bermula pada masa kini.
"Bakal-bakal calon dan penyokong masing-masing juga perlu menjaga tatasusila, mengelak dari kempen yang tidak beretika, seperti menyelar peribadi calon atau mengeluarkan kata-kata kesat,"katanya.
Pemilihan PKR 2022 yang akan diadakan pada 13 hingga 18 Mei ini, kini dalam fasa pertama proses pemilihan dan anggota parti digalakkan untuk memuat turun Aplikasi ADIL yang telah pun dilancarkan pada 4 Mac lepas.
Ahli juga diminta mengemas kini daftar keanggotaan serta memberi persetujuan untuk menjadi Pemilih Atas Talian (PAT).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Zaliha berkata, JPP akan memantau rapat sebarang bentuk kempen kepada semua calon tanpa prejudis dan akan bertindak mengikut Peraturan dan Tatacara Pemilihan serta Tataetika Kempen. - Gambar fail
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.
Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.
'Dakwaan pemilihan PKR untuk singkir kem Anwar cerita dongeng'
Puah berkata, sudah menjadi tradisi pemilihan, akan ada yang kalah atau menang dan semua pihak perlu terbuka menerima keputusan itu.
Fokus isu semasa rakyat, henti kitar semula isu NFC - Penganalisis
NFC merupakan isu nasional namun pada waktu ini, kenaikan harga barang, kos sara hidup tinggi dan tiada kenaikan gaji lebih dilihat menjadi kebimbangan rakyat.
Wan Azizah terkilan wujud musuh dalam selimut
Walaupun tidak memperincikan insiden yang berlaku namun kenyataan tersebut dipercayai melibatkan pertikaian berhubung keputusan pemilihan parti berkenaan.
Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac
Pihaknya tidak ada masalah untuk memberi jawapan dalam masa seminggu memandangkan kongres melibatkan parti berkenaan akan tamat tidak lama lagi.
Ada pihak cuba godam keputusan pemilihan PKR - Dr Zaliha
Dr Zaliha Mustafa berkata, namun begitu, perkara tersebut telah dikenal pasti dan pakar audit telah memberi cadangan untuk mengemaskinikan rekod pengundian.
Muka baharu terajui PKR, kehendak ahli inginkan pembaharuan - Aminuddin
Sebahagian besar pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini diterajui muka baharu susulan kehendak ahli yang inginkan pembaharuan.
Rafizi akan jumpa Anwar, mulakan persediaan PRU15 sebagai Timbalan Presiden PKR
Rafizi Ramli akan mengatur perjumpaan dengan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segera untuk memulakan urusan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Realiti kehendak pengundi sudah berbeza, tidak lagi berkisar PH lebih bersih daripada BN, PN
Sekiranya PKR ingin terus mempengaruhi perubahan politik negara, parti perlu sentiasa yakin dengan kebijaksanaan rakyat.