Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal kerana Pakatan Rakyat meneruskan kempen pilihan raya kecil ketika rakyat Perak sedang berkabung di atas kemangkatan Sultan Azlan Shah.
Katanya, tindakan Pakatan Rakyat itu menggambarkan mereka langsung tidak menghormati kemangkatan tersebut berbeza dengan Barisan Nasional yang membuat keputusan menghentikan kempen pada Khamis.
"Jadi nampaknya pembangkang langsung tidak mengambil kira (kemangkatan itu)… sudah terdesaklah tu. Walau apapun keadaan, dia masih teruskan lagi. Ini dilihat tidak menghormati peristiwa yang kita hadapi semalam," katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas bertemu dengan wakil badan bukan kerajaan yang mewakili masyarakat India di Rumah Rehat Teluk Intan pada Jumaat.
Sultan Azlan Shah yang mangkat di Institut Jantung Negara pada tengahari Rabu selamat dimakamkan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada petang Khamis.
DAP dilaporkan mengadakan ceramah politik di Jalan Mahkota, Teluk Intan pada Khamis malam.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kesal kerana BN menjadikan kempen pada Khamis itu sebagai isu kerana BN juga melakukan perkara yang sama.
"Kami tidak menjadikannya isu apabila BN pun meneruskan kempennya," kata Guan Eng seperti dipetik oleh Malaysiakini.
"Kenapa BN boleh berkempen tetapi apabila Pakatan berkempen ia jadi satu kesalahan?"
Guan Eng merujuk kepada ceramah politik yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu malam serta ceramah oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pada Khamis malam.
Guan menjelaskan DAP telah menangguhkan semua aktiviti ceramahnya selepas berita kemangkatan Sultan Azlan Shah. Ia meneruskan acara makan malam yang diatur tanpa sebarang ceramah.
Katanya, DAP hanya menyambung semula ceramah selepas pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah.
Astro Awani
Fri May 30 2014
Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra bersama rakyat di Teluk Intan pada Jumaat.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.