awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen #YouCanDuit sasar lebih ramai peserta tahun depan

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
18/11/2017
12:41 MYT
Kempen #YouCanDuit sasar lebih ramai peserta tahun depan
Kempen jelajah keenam itu diteruskan dengan misi dan visi sama iaitu menggalakkan penggunaan platform digital bagi menjana pendapatan luar biasa.
Selepas beberapa siri jelajah ke seluruh negara, kempen #YouCanDuit anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini ke negeri pantai timur iaitu Kelantan.
Kempen jelajah keenam itu diteruskan dengan misi dan visi sama iaitu menggalakkan penggunaan platform digital bagi menjana pendapatan luar biasa.
Berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan, pelbagai aktiviti dianjurkan bagi memberi peluang kepada pengunjung mempelajari cara terbaik meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Di Kelantan setakat hari ini, seramai tiga ribu usahawan mikro dan pelajar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) telah berjaya dilatih manakala program eRezeki pula mencatatkan seramai 20,000 peserta berdaftar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi DIgital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood, peruntukan yang diperuntukkan oleh kerajaan menerusi Bajet 2018 lalu membolehkan pihaknya melatih lebih ramai peserta yang berminat untuk menjana pendapatan lebih baik.
"Alhamdullillah kami telah mendapatkan sokongan daripada kerajaan terutama Perdana Menteri yang mana dalam pembentangan bajet baru-baru ini, MDEC telah mendapat peruntukan sebanyak RM100 juta.
"Setakat tahun ini kami telah memberi latihan kepada seramai 250,000 peserta dan menyasarkan penambahan sekurang-kurangnya 100,000 peserta tahun depan," katanya ketika ditemui Astro AWANI hari ini.
Kempen #YouCanDuit di Jeli turut dihadiri pelakon Zain Saidin, penyampai radio Era Dina Nadzir dan para peserta yang telah berjaya memperoleh pendapatan luar biasa menerusi platform yang disediakan oleh MDEC.
Sementara itu, bagi salah seorang peserta Darwisy Shahidy yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dan Warisan (Animasi) Universiti Malaysia Kelantan berkata, dia adalah peserta menerusi program eRezeki Global High Income (eGHI).
Menurutnya, menerusi program itu dia berjaya memasarkan kemahirannya dalam bidang grafik bukan sahaja di Malaysia tetapi turut menembusi pasaran Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom.
"Program ini banyak memberi kelebihan kepada saya dan kini saya mampu menjana pendapatan sekitar RM3,000 sebulan," katanya.
Kempen #YouCanDuit merupakan kolaborasi bersama Karnival Jeli Best 2017 yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Selepas Kelantan, kempen ini bakal menjelajah ke Nilai, Negeri Sembilan pada 25 dan 26 November.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Kelantan
#kerajaan
#MDEC
#Mustapa Mohamed
#Negeri Sembilan
#Pantai Timur
#pelajar
#pendapatan
#pendidikan
#Perdana Menteri
#TVET
#Universiti Malaysia Kelantan
#usahawan
#Yasmin Mahmood
#Zain Saidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan