Kemunculan dadah sintetik jenis baharu dan lebih memudaratkan di Asia Tenggara menyebabkan negara serantau meningkatkan usaha memerangi ancaman itu yang semakin rumit.
Menurut pakar ubat-ubatan sintetik Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), dadah sintetik jenis baharu itu mengandungi 'bahan psikoaktif yang tinggi kadar toksiknya, dan sukar dikesan, berbahaya serta dianggap pakar sebagai penyumbang kepada peningkatan kes kematian akibat lebihan dos'.
Beberapa bahan psikoaktif baharu ini sudah memasuki pasaran 'Ekstasi' di Asia Timur serta Asia Tenggara, dan dadah tiruan turut dijual dalam bentuk pil dengan pelbagai nama.
"Terdapat kemungkinan bahan berisiko tinggi ini semakin mendapat tempat di rantau ini. Keupayaan forensik yang sangat terhad untuk mengesan dan mengenal pasti dadah baharu ini, ditambah pula dengan kekurangan pengetahuan berkaitan risiko kesihatan menyebabkannya sukar dikesan dalam tempoh singkat," kata Martin Raithelhuber ketika taklimat di sini baru-baru ini.
Walaupun penyalahgunaan bahan psikoaktif ini masih terhad berbanding metamfetamin, rantau ini terus dianggap sebagai tempat asal penghantaran bahan berbahaya itu ke rantau lain, kata pakar itu, yang bekerja dengan Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC)
Menurut agensi PBB itu, dadah sintetik berbahaya yang dihasilkan di Asia Timur dan Asia Tenggara termasuk jenis Fentanyl, dan ia memberi kesan kepada pengguna dadah di seluruh dunia termasuk Amerika Utara.
Badan dunia itu berkata bahan yang sangat bertoksik ini, yang sesetengahnya terdapat dalam dos yang kecil sebagai ubat penahan sakit, mudah dihasilkan di makmal rahsia di Asia Tenggara sebelum dihantar secara pos ke Amerika Utara.
Apabila sampai di Amerika Utara, ia akan dijual di pasaran heroin atau pil tahan sakit tiruan.
Penganalisis maklumat Pejabat Serantau UNODC Inshik Sim berkata kemunculan bahan psikoaktif baharu itu telah menjadikan usaha pihak berkuasa kebangsaan untuk menangani masalah dadah semakin rumit.
Sehingga kini, pejabat serantau UNODC di sini, telah mengenal pasti 168 bahan psikoaktif dan sebagai respons kepada masalah yang semakin meningkat itu, Penasihat Amaran Awal Mengenai Bahan Psikoaktif Baharu telah diwujudkan bagi mengesan trend baharu dadah berkenaan serta memaklumkannya kepada pihak berkuasa kebangsaan.
Wakilnya, Jeremy Douglas yang turut menghadiri sesi taklimat itu, berkata UNODC telah menyenaraikan 25 bahan di bawal kawalan antarabangsa, termasuk 10 pada Mac lepas.
Langkah tersebut, katanya, membolehkan negara lain untuk menghalang aktiviti mengeksport, mengimport dan mencegah pengedaran dadah tersebut.
Bagaimanapun, katanya, masih banyak negara di rantau ini belum berupaya untuk mengesan dan mengenal pasti dadah yang baru disenaraikan itu, sekali gus tidak dapat melaksanakan langkah kawalan yang sepatutnya.
"Terdapat risiko, mereka terlibat dengan jenayah terancang dan pengedaran dadah akan mengambil kesempatan daripada kelemahan yang wujud dari segi kemampuan teknikal dan perundangan di sesebuah negara," katanya, bahawa pendekatan secara bersepadu untuk menangani kemunculan dadah baharu ini amat diperlukan dalam menghadapi keadaan yang masih belum terlewat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2017
Beberapa bahan psikoaktif baharu ini sudah memasuki pasaran 'Ekstasi' di Asia Timur serta Asia Tenggara, dan dadah tiruan turut dijual dalam bentuk pil dengan pelbagai nama. - Gambar hiasan
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.