awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemunculan pertama Sultanah Kelantan

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2022
15:06 MYT
Kemunculan pertama Sultanah Kelantan
Gambar Baginda di majlis berkenaan dimuat naik di Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan. - Sumber foto FB Unit Media Pejabat Sultan Kelantan
KUALA LUMPUR: Sultanah Kelantan, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah hari ini, berkenan menerima menghadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu.
Gambar baginda di majlis berkenaan dimuat naik di Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan.
Difahamkan, ini adalah kemunculan kali pertama Che Puan Diana Petra Abdullah secara terbuka, selepas diisytihar sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.
Kelantan | Che Puan Diana Petra Abdullah diistihar sebagai Sultanah Kelantan
Pada majlis hari ini, rombongan PKDK tersebut diketuai oleh Presiden PKDK, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan beberapa ahli pertubuhan yang lain.
Hadir sama menyambut Sultanah Kelantan ialah Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah, Tengku Kaya Perkasa, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.
Baginda turut berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada semua ahli rombongan.
Baginda turut berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada semua ahli rombongan.
Pada majlis tersebut, baginda turut berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada semua ahli rombongan.
Astro AWANI pada 2 Ogos lalu melaporkan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Diana Petra sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa tarikh yang sama.
Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Topic Berkaitan
#Sultanah Kelantan
#Che Puan Nur Diana Petra Abdullah
#kemuculan pertama
#Sultan Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan