awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan harga ayam: KPDNHEP buka lapan kertas siasatan

Bernama
Bernama
11/07/2020
14:19 MYT
Kenaikan harga ayam: KPDNHEP buka lapan kertas siasatan
Susulan aduan orang ramai berhubung kenaikan harga ayam di pasar-pasar basah awam, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP telah melaksanakan pemeriksaan. - Astro AWANI
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuka lapan kertas siasatan ke atas peniaga-peniaga ayam disyaki melakukan kesalahan mencatut.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata mereka melibatkan empat peruncit di pasar awam di Melaka serta empat pemborong iaitu satu di Melaka dan tiga di Kuala Lumpur.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Beliau berkata susulan aduan orang ramai berhubung kenaikan harga ayam di pasar-pasar basah awam, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP telah melaksanakan pemeriksaan untuk mengenal pasti peringkat rantaian pembekalan yang memulakan punca kenaikan itu serta mengesan sekiranya wujud aktiviti pencatutan.
"Secara keseluruhannya sehingga 30 Jun lepas, sebanyak 353 premis yang terdiri daripada 280 peruncit, 50 pemborong dan 23 pengeluar/penternak ayam telah diperiksa.
"Berdasarkan jumlah pemeriksaan tersebut, 310 premis telah dikemukakan notis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 bagi mendapatkan maklumat kenaikan harga," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan AKHAP
#Datuk Iskandar Halim Sulaiman
#Kementerian Dalam Negeri
#KPDNHEP
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan