KUALA LUMPUR: Sebarang kos tambahan dalam sektor hartanah akibat kenaikan mendadak bahan binaan, kos pekerja dan dasar berlebihan ke atas industri, berkemungkinan terlalu punitif dan menjejaskan daya maju ekonomi projek-projek pembangunan.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah Malaysia (Rehda) Datuk NK Tong berkata jika sebelum ini pemaju mampu menyerap kenaikan kos terbabit, namun pelbagai cabaran serta tindakan yang dihadapi sejak kebelakangan ini sebaliknya telah memberi kesan dari segi toleransi pemaju.
"Dalam kes tertentu, kos tambahan ini berkemungkinan menjejaskan projek-projek pembangunan ini untuk berdaya maju dari segi ekonomi.
"Saya yakin pemaju akan bersetuju bahawa usaha melaksanakan pembangunan di Malaysia bukanlah suatu yang mudah kerana industri ini tertakluk atau dikawal selia oleh lebih 50 undang-undang," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Rehda di sini, malam tadi.
Acara itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Mengulas selanjutnya, Tong berkata pembangunan perumahan sektor swasta di Malaysia juga tidak hanya terhad kepada penyediaan rumah tetapi turut merangkumi penyediaan infrastruktur dan kemudahan secara meluas.
Ini turut membabitkan usaha memastikan penyelenggaraan dan pengurusan yang tepat terutama bagi skim strata selain mengutamakan aspek keselamatan, menggalakkan kehidupan masyarakat dan elemen lain.
"Oleh itu, lebih kerap lagi pemaju menjadi 'sasaran' untuk membayar atau menyumbang kepada sebarang pematuhan baharu yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau syarikat utiliti swasta," katanya.
Tong berkata, Tinjauan Industri Hartanah Rehda bagi separuh kedua 2022 menunjukkan berlakunya lebih daripada 20 peratus dalam purata kenaikan harga simen, keluli, aluminium dan batu bata serta peningkatan purata tahunan sebanyak 17 peratus dalam kos pembinaan.
"Jabatan Perangkaan Malaysia turut merekodkan indeks harga unit simen yang meningkat 9.6 peratus pada Februari 2023 berbanding Februari 2022 manakala bahan lain juga naik secara mendadak susulan pandemik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Kos tambahan ini berkemungkinan menjejaskan projek-projek pembangunan ini untuk berdaya maju dari segi ekonomi. - Gambar hiasan
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kenaikan kos boleh jejas daya maju projek pembangunan - Pesiden Rehda
Sebarang kos tambahan dalam sektor hartanah berkemungkinan terlalu punitif dan menjejaskan daya maju ekonomi projek-projek pembangunan.