awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenal pasti kaedah terbaik atasi hakisan pantai di Terengganu

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
24/08/2022
01:00 MYT
Kenal pasti kaedah terbaik atasi hakisan pantai di Terengganu
Lapan lokasi hakisan pantai dikategorikan sebagai kritikal termasuk Pantai Kampung Teluk Budu di Besut, Pantai Taman Geliga, dan Pantai Kemasik di Kemaman. -Astro AWANI
SETIU: Kerajaan disaran mengenal pasti serta meneliti kaedah terbaik bagi mengatasi masalah hakisan di sepanjang pantai di Terengganu.
Timbalan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Dr Effi Helmy Ariffin berkata kira-kira 48.7 kilometer kawasan pantai di Terengganu berisiko terhakis ke laut terutama pada musim tengkujuh.
Justeru, menurut Effi Helmi, kajian menyeluruh dan terperinci perlu dilakukan membabitkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, penyelidik, dan komuniti setempat.
"Kita mahu merangka suatu ICZM (Integrated Coastal Zone Management); kita perlu duduk bincang lebih dengan lebih awal.
"Kalau katakan satu kawasan itu sudah terkesan, kita perlu buat kawasan itu sebagai pilot, sebagai perintis untuk dirujuk kepada kawasan-kawasan pantai sebelum ini.
"Kita tidak mahu setiap kali kajian, setiap kali pantai terhakis, baru kita nak buat kertas kerja.
"Kita ada pakar-pakar di Malaysia, malah kami di UMT sendiri mempunyai kepakaran untuk buat simulasi bagaimana hakisan pantai itu berlaku dalam masa tiga bulan ataupun setahun.
"Dan dari di situ kita boleh dapat tahu di mana kawasan yang perlu dibuat perintis dahulu," kata Effi Helmy.
Katanya lagi, kajian turut mengambil kira ancaman kerosakan fasiliti setempat dan keselamatan penduduk serta pembentukan teluk secara semulajadi di kawasan pesisir pantai.
Berdasarkan laporan hakisan pantai negara (NCES), lapan lokasi dikategorikan sebagai kritikal akibat hakisan sejak beberapa tahun lalu termasuk Pantai Kampung Teluk Budu di Besut, Pantai Taman Geliga dan Pantai Kemasik di Kemaman.
Topic Berkaitan
#hakisan pantai
#Effi Helmy Ariffin
#ICZM
#pantai di Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan