awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenal pasti masalah perkhidmatan feri sebelum beli katamaran - CAP

Bernama
Bernama
16/12/2020
21:29 MYT
Kenal pasti masalah perkhidmatan feri sebelum beli katamaran - CAP
Perkara itu untuk memastikan katamaran tidak mengalami nasib yang sama. -Gambar fail
GEORGE TOWN:Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesyorkan agar mengenal pasti masalah dan isu yang dihadapi perkhidmatan feri sedia ada terlebih dahulu sebelum membeli dan menggantikannya dengan katamaran.
Dalam kenyataan hari ini, Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata sepatutnya diwujudkan inkuiri awam untuk mengetahui mengapa feri sedia ada gagal, untuk memastikan katamaran tidak mengalami nasib yang sama.
"Jelas sekali feri yang ada sekarang tidak diuruskan dengan baik dan kurang penyelenggaraan, yang jika sebaliknya, boleh menjadikan perkhidmatan feri berdaya maju dari segi kewangan.
"Ia juga mengecewakan apabila maklumat kritikal mengenai perkhidmatan feri tidak sampai kepada penumpang pada waktunya untuk membolehkan mereka membuat rancangan perjalanan alternatif," katanya.
Mohideen mencadangkan agar papan tanda yang menunjukkan masa menunggu dipaparkan agar memudahkan penunggang motosikal dan pejalan kaki membuat keputusan perjalanan alternatif.
"Dengan perkhidmatan yang cekap, lebih ramai orang akan didorong menggunakan perkhidmatan feri, yang jika sebaliknya, akan terus melihat penurunan jumlah penumpang," kata Mohideen.
Topic Berkaitan
#Persatuan Pengguna Pulau Pinang
#feri
#katamaran
#mohideen abdul kader
#Presiden CAP
#CAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan