Mungkin ada antara suami mahupun isteri di luar sana yang tidak mengetahui kepentingan G-Spot dalam memastikan kelangsungan hubungan intim. Dan tahukah anda apakah definisi G-Spot? Titik Grafenburg atau G-Spot adalah bahagian dalam tubuh manusia yang jika disentuh akan menaikkan ghairah lantas menjadi daya penggerak untuk mencapai orgasme dalam hubungan intim.
wefddfwqdwq.jpg
LELAKI
G1 – FRENULUM

Untuk makluman wanita, bahagian ini adalah antara G-Spot lelaki. Ia terletak di bahagian bawah zakar. Jika disentuh dengan baik dan kena pada caranya, ia mampu menghasilkan sensasi luar biasa kepada lelaki kesayangan anda. Jika anda menyentuhnya tanpa mengambil kira factor masa dan tempat, akan membuatkan pasangan terangsang dan mahu berasmara.

G2 – PERINEUM
Zon ini terletak di antara testikel dan zakar. Sebelum memulakan hubungan intim, titik ini perlu dirangsang terlebih dahulu. Ia akan memberikan sensasi ekstra yang kuat kepada pasangan anda dengan ghairahnya. Malah titik ini adalah hotspot rahsia lelaki. Untuk mengambil hati pasangan anda, lakukan sentuhan-sentuhan lembut dan manja selain berikan belaian pada bahagian ini. Ingin tahu refleksi pasangan anda? Cuba terokai zon ini!

WANITA
Setiap titik pada tubuh wanita mempunyai kepekaan dan reaksi berbeza tatkala menerima rangsangan. Misalnya segelintir wanita bisa asyik ketika telinganya disentuh lidah pasangannya, tetapi terdapat juga wanita yang akan ‘turn-off’ ketika telinganya disentuh. Justeru sebagai lelaki anda harus tahu dan mengenal pasti titik sensual pasangan anda. Saling memberi dan menerima dalam hubungan intim adalah satu daripada beberapa kunci bagi mencapai orgasme dalam hubungan intim. Seperti lelaki, tubuh wanita juga memiliki titik-titik tertentu yang sensitif. Apabila zon ini mendapat sentuhan atau rangsangan maka impaknya luar biasa. Berikut adalah huraian titik sensual kaum Hawa yang harus kamu ketahui:

G – SPOT
Tahukah anda, terdapat suatu tempat di dalam vagina yang jika disentuh akan membuatkan wanita terangsang hebat? Titik ini lazimnya di sebut titik G oleh ahli genekologi Jerman, Ernest Grafenberg yang pertama kali menjelaskannya pada 1950. Menurut Ernest Grafenberg ramai wanita menemui titik G nya pada dua inci daripada liang pemasukan vagina di dinding atas bahagian depan, di sebalik tulang kemaluan. Terdapat juga segelintir wanita pada mulanya merasa tidak selesa kerana terasa ingin membuang air kecil ketika titik G nya tersentuh. Rasa ketidakselesaan itu hanya terjadi kira-kira satu minit sahaja dan seterusnya ia beransur hilang. Pencarian titik G boleh dilakukan dengan jari atau penis. Terokai dan lakukan eksperimentasi untuk anda takluki titik ini.