Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta bertimbang rasa dan tidak menghalang seniman jalanan atau 'busker' tempatan yang mempunyai permit membuat persembahan di sekitar ibu negara.
Presiden Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) Wady Hamdan berkata, beberapa aduan yang diterima membabitkan kawasan pusat membeli belah Sogo dan Bukit Bintang.
"DBKL sering memberi notis bagi menyekat aktiviti busking walaupun busker mempunyai permit. Di Sogo kini dimaklumkan aktiviti busking tidak boleh dijalankan pada Sabtu dan Ahad. Begitu juga dengan Bukit Bintang yang sering disalahkan dengan kehadiran pengunjung yang luar biasa. Adakah aktiviti busking yang menarik minat masyarakat kini menjadi satu kesalahan?
"Di mana keutamaan kepada busker tempatan? Di awal objektif pemberian permit seniman jalanan adalah untuk memberi keutamaan kepada busker tempatan untuk berkarya dan tidak membenarkan busker asing menjalankan aktiviti di lokasi terbuka.
"Di mana arah objektif tersebut? Busker asing masih bebas busking secara terbuka tanpa sebarang permit. Kita bukan menghalang aktiviti busker luar, tetapi apakah kelebihan permit yang dimiliki?" katanya kepada Astro AWANI di sini pada Rabu.
Persembahan busker termasuk kumpulan Caliph Buskers didakwa berdepan halangan DBKL tanpa alasan yang munasabah. -Sumber gambar Wady
Jelas Wady, MYBC sendiri mempunyai hub busking di Avenue K iaitu AK Busk Stop yang memberi ruang kepada busker asing.
"Namun, kenapa DBKL kini kata sekejap boleh busking, sekejap tak boleh. DBKL harus memandang aktiviti busking di ibu kota membawa imej 'lifestyle' yang bebas dan dipandang tinggi oleh pelancong.
"Aktiviti busking seharusnya dibenarkan berterusan selama 24 jam agar bandar raya itu nampak 'hidup' di setiap sudut.
"Peranan busker sebenarnya sangat membantu kemeriahan bandar raya dan tidak perlu ditekan dengan penguatkuasaan yang tidak konsisten," ujarnya.
BACA: Caliph Buskers trending selepas AJL
Katanya lagi, MYBC sendiri telah menggerakkan pertumbuhan komuniti seniman jalanan di seluruh negara dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak berkuasa tempatan (PBT).
"PBT lain dilihat jelas memberi ruang yg baik untuk busker berkarya dan menjalankan aktiviti sosial yang sihat.
"MYBC sendiri kini mempunyai 10,000 ahli yang memerlukan sokongan berterusan dan ruang yang lebih luas.
"Tolonglah DBKL bersikap lebih telus dalam menyokong pembangunan seniman jalanan seperti kami," katanya lagi.
BACA: Seniman jalanan penghibur masyarakat, bukan peminta sedekah
Sebelum ini, Wady dilaporkan memberitahu, seniman jalanan merupakan penghibur masyarakat dan bukan peminta sedekah.
Astro AWANI akan mendapatkan reaksi pihak DBKL berhubung isu ini dalam paparan selanjutnya.
Wan Syamsul Amly
Thu Jun 18 2015
MYBC: 'Kenapa DBKL halau buskers buat persembahan?' - Gambar fail
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Tiga anggota kumpulan pemuzik jalanan ditahan, tanam ganja dalam pasu
Dua lelaki dan seorang wanita yang juga ahli sebuah kumpulan pemuzik jalanan (busker) ditahan atas kesalahan memiliki pokok ganja dan mengambil ganja.
'Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki
Elvis Pilep kini menarik nafas lega setelah mendapat 'lampu hijau' untuk mengadakan persembahan dan menjana sumber pendapatan semula.
M. Nasir kembalikan nostalgia 'Kembara Seniman Jalanan'
Berpakaian kemeja putih tanpa kolar dan jeans biru, Sifu muzik nusantara ini lantas menarik perhatian hadirin.
MOTAC sedia bantu busker perolehi lesen - Mohammadin
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya komited membantu pemuzik jalanan atau busker mendapatkan lesen mengadakan persembahan.
Dulu atlet pingat emas, Nurul kini menyanyi di tepi jalan
Siapa yang pernah melewati pekarangan kompleks beli-belah Sogo, pasti pernah terdengar alunan suaranya. Namun tidak ramai yang tahu siapa dirinya yang sebenar.
Polis Sabah kesan wanita buat aksi melampau dalam persembahan 'buskers'
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata wanita itu melakukan aksi melampau dengan membuat persembahan dalam keadaan payudaranya terdedah.
'Kenapa DBKL halau buskers buat persembahan?' - MYBC
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta bertimbang rasa dan tidak menghalang seniman jalanan atau 'buskers' tempatan yang mempunyai permit membuat persembahan di sekitar ibu negara.