Kerajaan Persekutuan masih belum menerima maklum balas daripada kerajaan negeri Sarawak berkenaan harga rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dijual dengan harga lebih tinggi berbanding di Semenanjung.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau telah meminta kerajaan negeri supaya menyelaraskan harga rumah berkenaan pada lawatannya ke negeri itu sebelum ini.
Zuraida berkata, harga rumah PPR di Semenanjung adalah sekitar RM42,000 namun harga rumah yang sama di Sarawak adalah kira-kira 10 peratus lebih mahal.
"Tidak logik bila kita buat rumah dengan harga itu, kemudian harga itu dinaikkan, kemudian duit itu dia simpan...ini tidak betul. Tujuan kita bina rumah ini adalah untuk keperluan rakyat, bila anda naikkan lagi harga, ia menyusahkan lagi rakyat.
"Itu yang kita minta, tetapi sehingga sekrang mereka belum lagi respon balik kepada kementerian," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan di sini, hari ini.
Beliau sebelum itu mendedahkan perkara berkenaan ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Wanita Pakatan Harapan Sarawak, yang pertama kali diadakan.
Ditanya mengenai mesyuarat khas Kabinet yang diadakan semalam, Zuraida berkata, antara lain, setiap kementerian pada mesyuarat berkenaan diarahkan untuk membentangkan kertas kerja masing-masing bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030.
"Kita sedang menyediakannya , bagi kementerian kita memang tengah teliti lagi," katanya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Wawasan Kemakmuran Bersama merupakan harapan dan agenda baharu untuk masa depan Malaysia yang menjadi asas kepada penyatuan negara.
Wawasan itu menggariskan hasrat agar seluruh rakyat Malaysia mengecapi taraf hidup wajar menjelang 2030. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 15 2019
Kerajaan, kata Zuraida, belum terima sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri mengenai persoalan harga rumah PPR di sana yang lebih mahal berbanding di Semenanjung. - Gambar fail
DSA: KDN mahu manfaat teknologi, inovasi untuk kukuhkan kawalan sempadan
KDN sedang merangka strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara.
Lionel Messi cipta sejarah baru MLS dengan lima bantuan gol
Lionel Messi menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Bolasepak Utama (MLS) yang mencatat lima bantuan gol dalam satu perlawanan.
Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'
Ia bagi menetapkan istilah terbaik untuk menggantikan perkataan 'negeri' dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Setiap pemimpin jaga satu kampung, cadangan dibentang pada Kabinet - PM Anwar
Perdana Menteri mencadangkan agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.
Minyak masak peket: Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah penambahbaikan - Armizan
Proses audit turut membabitkan penilaian terhadap beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan subsidi sampai ke kumpulan sasaran.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Kabinet Kerja: Syukur dapat kembali bersama KPKT - Zuraida
Zuraida yang sebelum ini memegang portfolio Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bersyukur kerana kembali berkhidmat di kementerian yang sama.