awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohammed Taufiq jelajah negeri, kenal pasti keperluan belia dan sukan
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenapa Nasi Lan Kedah diarahkan tutup? Ini sebabnya...

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
18/07/2018
00:00 MYT
Kenapa Nasi Lan Kedah diarahkan tutup? Ini sebabnya...
Nasi Lan Kedah kekurangan dua peratus dari jumlah markah yang dibenarkan untuk beroperasi. - Facebook/Nasi Lan Kedah
Nasi Lan Kedah, yang telah menerima notis penutupan daripada Perbadanan Putrajaya (PPj), mendedahkan sebab mereka diarahkan ditutup selama dua minggu.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi mereka, restoran itu berkata mereka kekurangan demerit iaitu kurang dua peratus dari jumlah markah yang dibenarkan untuk beroperasi.
"Antaranya ialah, memakai barang perhiasan (seperti jam) ketika bekerja, kawalan serangga perosak yang kurang berkesan dan susunan makan di dalam peti sejuk yang kurang teratur.
"Bagaimanpun, pihak kami akan mengambil tindakan dalam masa terdekat untuk memastikan teguran dan piawaian yang ditetapkan oleh PPj tercapai," kata kenyataan itu.
Terdahulu, notis yang ditampal di premis terbabit di Lot 46 dan 48 kawasan Komersil Nadi, Presint 15, Putrajaya, diarah tutup berkuat kuasa jam 4.30 petang Selasa sehingga 31 Julai ini.
Menurut notis tersebut, arahan penutupan dikeluarkan bagi tempoh berkenaan berikutan premis tidak bersih dan disucikan, sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.
Notis terbabit ditandatangani oleh Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Azman Ahmad.
BACA: Restoran popular saji makanan utara diarah tutup
Topic Berkaitan
#Nasi Lan Kedah
#Perbadanan Putrajaya
#PPj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan