NATIONAL
Kenapa perlu bangkitkan cerita 13 Mei? - Muhyiddin

MUHYIDDIN: Sedikit sebanyak pengalaman lampau itu harus menjadi batasan dan pastikan tidak berulang. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tragedi 13 Mei seharusnya menjadi pengajaran dan cadangan mana-mana pihak untuk kerajaan menyiarkan dapatan insiden itu disifatkan hanya pandangan segelintir pihak semata-mata.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, sejarah itu harus dijadikan pengajaran selain memberitahu insiden itu berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Yang penting adalah pada waktu ini dan masa depan. Inilah yang Pakatan Harapan sebagai kerajaan janjikan iaitu untuk berlaku adil dan saksama.
"Kita tidak mahu negara kucar-kacir kerana perkauman dan agama. Sedikit sebanyak pengalaman lampau itu harus menjadi batasan dan pastikan tidak berulang," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan surat pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara baharu di sini, pada Isnin.
Jelasnya, bagi pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan negara.
Dalam perkembangan bersaingan, Muhyiddin menjelaskan sindiket tonto yang dikesan bertindak berani memasang alat sistem pengesanan global (GPS) pada kenderaan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) bukanlah perkara baharu.
Tegasnya, pihak polis perlu mengambil tindakan jika perkara seumpama itu mengganggu tugas penguatkuasaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami