JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta orang ramai yang menggunakan bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) supaya lebih bertanggungjawab.
Ia susulan penahanan seorang lelaki berkelakuan jelik dipercayai kencing di tempat wuduk di CIQ BSI oleh polis pada petang Selasa.
"Saya sedia maklum berkenaan isu seorang lelaki yang berkelakuan jelik di tempat mengambil wuduk di CIQ BSI.
"Untuk makluman semua, suspek lelaki berusia 69 tahun itu telah ditahan sejurus kejadian selepas mendapat laporan petang semalam.
"Saya berharap agar kita semua lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam," katanya dalam muat naik di Facebook rasminya pada Rabu.
Pada Selasa, seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki berkelakuan jelik di tempat mengambil wuduk di CIQ BSI.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki berusia 69 tahun itu ditahan sejurus kejadian selepas mendapat laporan pada jam 4.36 petang Selasa.
Ujarnya, permohonan reman akan dibuat pada Rabu di Mahkamah Johor Bahru dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Sebelum itu, tular sebuah video berdurasi 10 saat menunjukkan seorang lelaki berdiri di tempat mengambil wuduk, dipercayai sedang membuang air kecil sebelum ditegur seorang lelaki lain mengenai perbuatannya itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 10 2023
Lelaki berusia 69 tahun itu ditahan sejurus kejadian selepas mendapat laporan pada jam 4.36 petang Selasa. - Gambar/ FB Onn Hafiz Ghazi
Polis kesan pemilik akaun media sosial timbul kebencian terhadap pemain bola sepak - Saifuddin
Saifuddin mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara
Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
[TERKINI] Seorang maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan beberaoa kenderaan remuk akibat dihempap.
NACS bukan sekadar strategi, jadikan Malaysia negara hebat tatakelola
Perdana Menteri tegaskan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) bukan sekadar strategi tetapi bakal melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai negara dengan pengurusan tatakelola terhebat di rantau ini.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam lima tahun sangat menggemparkan – PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun (2018 – 2023) seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah angka yang menggemparkan, dan membuktikan gejala rasuah semakin membengkak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Penjenamaan PPR bakal jadikan PRR setanding HDR di Singapura, Jepun dan Korea - Nga Kor Ming
KPKT dalam proses menjenamakan semula PPR kepada PRR di mana model pembinaannya setanding perumahan rakyat di Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Faisal Halim jalani pembedahan jam 5 petang
PEMAIN sayap kebangsaan, Faisal Halim akan menjalani satu lagi pembedahan pada jam 5 petang ini.
Bukit Aman ambil alih kes simbah asid Faisal Halim, suspek kedua direman 5 hari
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan sebelum itu dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi tujuan permohonan reman.
Penumpang cedera, dua bas kemalangan di Tambak Johor
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian pada jam 5.50 pagi itu berlaku di lot parkir laluan bas di BSI menghala ke Singapura.
Johor sedia aktif laluan kontra CIQ BSI, KSAB tangani kesesakan
Kerajaan Johor bersedia mengaktifkan laluan kontra di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Kesesakan di Tambak Johor semakin berkurang, kata PM Anwar
Kesesakan di Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura semakin berkurang hasil usaha bersama Malaysia dan pihak-pihak yang berkaitan di Singapura.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.
Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara - Fadillah
Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara.
Bahagian kami selesai, kini terpulang kepada Singapura atasi kesesakan di Tambak Johor - PM Anwar
Perdana Menteri memuji usaha yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen, Kastam dan agensi dalam menangani isu itu.
KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
Usaha Johor kurangkan kesesakan di Tambak, Linkedua jimat 2 jam masa perjalanan
Usaha kerajaan Johor menyuraikan kesesakan di Tambak Johor di sini dan Linkedua di Iskandar Puteri berjaya menjimatkan sekurang-kurangnya dua jam masa perjalanan.
Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata dia sendiri telah turun padang sebanyak 60 kali ke CIQ BSI dan 14 kali ke CIQ KSAB sehingga kini.
Johor komited pastikan trafik lancar di Tambak Johor, Linkedua
Kerajaan negeri Johor terus komited memastikan trafik lancar di dua lintasan darat antara Johor dan Singapura.