SEPANG: Kenderaan berat dengan muatan berlebihan merupakan satu masalah besar dan antara penyumbang kemalangan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata masalah berat muatan berlebihan perlu diatasi dengan tindakan tegas menerusi penguatkuasaan dan ia juga merupakan satu masalah yang berlanjutan sekian lama dan perlu ditangani segera.
"Jadi lebih muatan ini adalah satu masalah yang perlu kita tangani secara bersepadu dan penguatkuasaan akan ditambah," katanya kepada media selepas menghantar penumpang Batik Air yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Sibu, di sini hari ini.
Loke berkata penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjalan seperti biasa malah operasi khas sentiasa dilaksanakan bagi memastikan penguatkuasaan berjalan lancar dan efisien.
Beliau berkata mulai suku ketiga tahun lepas penguatkuasaan giat dijalankan dan terus meningkat sejak beberapa bulan ini dengan jumlah saman yang dikeluarkan bertambah terutama kepada pengusaha kenderaan perdagangan.
Mengenai sektor penerbangan tahun ini, Loke berkata permintaan dijangka terus kukuh dan jumlah penumpang untuk tahun ini dilihat akan terus meningkat.
Justeru, beliau berkata kerjasama daripada syarikat-syarikat penerbangan penting dalam mencari jalan untuk menambah kapasiti dan penerbangan.
Loke berkata jumlah penumpang tahun lepas mencecah hampir 85 juta dengan 60 peratus daripadanya adalah penumpang domestik manakala 40 peratus merupakan penumpang antarabangsa.
"Jadi kita menjangkakan tahun ini kita punya penumpang antarabangsa akan terus meningkat kerana melihat kepada pemulihan sektor pelancongan," katanya.
Selain itu, Loke berkata dasar kerajaan mengecualikan visa untuk pelancong daripada China dan India juga akan menambah bilangan penumpang dari kedua-dua negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Loke berkata, masalah berat muatan berlebihan perlu diatasi dengan tindakan tegas menerusi penguatkuasaan. - Gambar fail
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Kenderaan berat dengan muatan berlebihan perlu ditangani segera, bersepadu - Loke
Masalah berat muatan berlebihan perlu diatasi dengan tindakan tegas penguatkuasaan dan ia juga merupakan satu masalah yang berlanjutan sekian lama.