NATIONAL
Kenderaan berat gagal patuhi peraturan boleh dikenakan tindakan undang-undang - JPJ

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Muhammad Kifli Ma Hassan bercakap pada sidang media khas berkaitan kenderaan berat di Stesen Penguatkuasa Elmina Arah Selatan hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memberi amaran tegas kepada pemilik lori dan kenderaan berat yang gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM), tidak mempunyai perlindungan insurans sah, serta mengabaikan pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seperti yang diwajibkan kerajaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Ringkasan AI
- JPJ memberi amaran tegas kepada pemilik lori dan kenderaan berat yang gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM), tidak mempunyai insurans sah, serta mengabaikan pemeriksaan berkala di Puspakom, dengan tindakan undang-undang bakal dikenakan.
- Kesalahan seperti tidak memperbaharui LKM boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, manakala kegagalan menjalani pemeriksaan berkala boleh membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM5,000.
- JPJ menegaskan tiada kompromi terhadap ketidakpatuhan, dengan pemilik kenderaan berat diseru segera memperbaharui lesen, mendapatkan insurans sah, dan menjalani pemeriksaan berkala bagi memastikan keselamatan jalan raya.
"Selain itu, kegagalan menjalani pemeriksaan berkala seperti yang ditetapkan boleh dikenakan denda antara RM300 hingga RM5,000, atau hukuman penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 64A(1) akta sama," katanya ketika sidang media khas berkaitan kenderaan berat, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau turut menekankan bahawa tiada perlindungan insurans yang sah merupakan satu kesalahan serius di bawah Seksyen 92(1), yang boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.
Dalam masa yang sama, bagi pengendali yang gagal memastikan kenderaan diselenggara dengan baik dan selamat digunakan juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 58(1)(a) manakala bagi pengendali yang tidak mematuhi syarat lesen seperti tahap perkhidmatan yang ditetapkan untuk kenderaan barangan, tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut peruntukan sedia ada.
Malah, Kifli turut menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta 333, Akta 715 serta kaedah-kaedah di bawahnya termasuk Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.
"JPJ menyeru semua pengusaha dan pemilik kenderaan berat supaya segera memperbaharui lesen kenderaan motor, mendapatkan perlindungan insurans yang sah serta menjalani pemeriksaan berkala di Puspakom mengikut jadual yang ditetapkan.
"Langkah tegas ini diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara dan sistem pengangkutan negara kekal efisien dan selamat," ujarnya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami