Skip to main content

Dunia

Piala Dunia 2026: Tuan rumah langkah kanan misi juara

AS menamatkan permainan dengan kemenangan besar 4-1 di tempat sendiri. - Gambar/ Reuters
AS menamatkan permainan dengan kemenangan besar 4-1 di tempat sendiri. - Gambar/ Reuters
Advertisement

AMERIKA Syarikat (AS) mudah meraih kemenangan pertama dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Paraguay di Stadium Los Angeles (LA), sebentar tadi.

Tuan rumah pantas berada di hadapan apabila jaringan sendiri oleh Damian Bobadilla pada minit ketujuh memberikan kelebihan awal buat AS.

Paraguay melakukan serangan balas, namun penguasaan AS lebih jelas menggagalkan segala percubaan pelawat.

Advertisement

Folarin Balogun hampir mencatatkan hatrik, namun tidak kesampaian tetapi dua jaringannya membantu AS langkah kanan di hadapan peminat tempatan.

Paraguay hampir memulakan detik kebangkitan tatkala sentuhan Mauricio Magalhaes menghadiahkan gol sagu hati sambil terpaksa berputih mata dengan kekalahan tersebut.

Advertisement

Giovanni Reyna meledak jaringan terakhir, sekali gus menyaksikan negara ranking ke-15 dunia menamatkan permainan dengan kemenangan besar 4-1 di tempat sendiri. - Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement