awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan DBKL guna biodiesel daripada minyak terpakai

Sinar Harian
Sinar Harian
20/03/2023
04:50 MYT
Kenderaan DBKL guna biodiesel daripada minyak terpakai
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadj Che Ngah menuang biodiesel yang terhasil daripada kitar semula minyak terpakai ke kenderaan DBKL. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menggunakan biodiesel yang dihasilkan menggunakan minyak masak terpakai pada kenderaan dan peralatannya.
DBKL memberitahu, langkah itu menunjukkan kesungguhan DBKL untuk melestarikan Kuala Lumpur seterusnya mencapai matlamat bandar rendah karbon menjelang tahun 2030.
Menurutnya, kesemua minyak terpakai yang dikumpul diperoleh menerusi pelaksanaan program 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1 Community 1 Recycle – 1C1R) yang dilaksanakan.
"Program tersebut giat dijalankan di seluruh Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di bawah seliaan DBKL.
"Tanpa inisiatif seumpama ini, minyak masak akan dibuang secara tidak teratur dan mencemarkan alam selain risiko menyebabkan longkang tersumbat," menerusi kenyataan itu menerusi Facebook.
Ujar kenyataan itu, DBKL bekerjasama bersama Uni-Technologies Sdn Bhd bagi penghasilan biodiesel tersebut menerusi kajian yang dijalankan.
"Biodiesel yang terhasil ini merupakan sumber bahan api yang boleh diperbaharui.
"Justeru, warga kota diseru bersama-sama menghidupkan amalan kitar semula demi kesejahteraan kita bersama," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DBKL
#biodiesel
#minyak masak terpakai
#bandar rendah karbon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan