Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Tanjung Piai, Johor, awal pagi Sabtu.
Menerusi kemaskini di laman Facebook, Asyraf Wajdi berkata, kenderaan dinaiki mereka telah merempuh sebuah motosikal yang berada di tengah-tengah Lebuh Raya Utara-Selatan di kilometer 43, Sedenak.
Katanya, ketika kejadian kawasan jalan raya gelap gelita.
“Mujurlah penunggangnya (motosikal) yang terjatuh lebih awal sempat mengesot ke laluan kecemasan.
“Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa. Moga Allah S.W.T sentiasa melindungi dan memelihara kami daripada sebarang musibah mendatang dalam mengharungi perjuangan ini,” demikian katanya dalam entri tersebut, hari ini.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik, kenderaan berwarna hitam itu kelihatan mengalami kerosakan pada bahagian depan akibat rempuhan tersebut.
Sebelum itu, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam entri sama memaklumkan beliau hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Tanjung Piai.
“Inilah saat terbaik untuk meniup kembali semangat, roh dan idealisme perjuangan berteraskan prinsip Agama yang sejati,” katanya.
Susulan insiden tersebut, rata-rata netizen meluahkan ucapan takziah dan melahirkan rasa syukur kerana kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
Hasimi Muhamad
Fri Jul 26 2019

Asyraf Wajdi berkata, kenderaan dinaiki mereka telah merempuh sebuah motosikal yang berada di tengah-tengah Lebuh Raya Utara-Selatan di kilometer 43, Sedenak. - Foto Facebook Asyraf Wajdi

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

Dakwaan wanita dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM sedang disiasat
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

PKP | Kerajaan pertimbang lanjut operasi perniagaan
Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6.00 pagi ke jam 10.00 malam.

PKPD | Penamatan PKPD di Amber Court, PPA Muar
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, di Bentong, Pahang dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Muar, Johor.

2,000 anggota Skuad Sabil dikerah bantu mangsa banjir - Pemuda UMNO
Gerak kerja Skuad Sabil akan diselaraskan bersama dengan Pemuda UMNO negeri dan Skuad Sabil negeri.

Ahli UMNO Larut diperdaya sertai Bersatu - Saarani
Kata Saarani, tindakan Bersatu Bahagian Larut itu nyata menunjukkan ia mencuri ahli-ahli UMNO sebagaimana dikatakan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini.

UMNO Padang Rengas umum tidak akan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15
UMNO akan bertumpu kepada pemerkasaan Muafakat Nasional bersama Pas.

Tiada sebab Asyraf Wajdi perlu mohon maaf, beliau ada bukti - Shahril
Shahril Sufian yakin Asyraf mempunyai bukti kukuh dan bersedia kemukakan dalam soal bayaran dan habuan jika tindakan mahkamah dikenakan.

i-Sinar: Mudahkan saja, jangan risikokan rakyat dengan COVID-19 - Asyraf Wajdi
Tidak wajar mendedahkan rakyat kepada risiko COVID-19 hanya kerana bersesak ke cawangan KWSP untuk tujuan rayuan dan serahan dokumen.

Bersatu nafi 'beli' atau 'curi' ahli UMNO, gesa Asyraf Wajdi mohon maaf - Wan Saiful
Wan Saiful menegaskan, perkara itu adalah tidak benar sama sekali selain menyifatkan ia adalah tuduhan liar tanpa bukit yang kukuh.

Batal projek HSR: Kegagalan besar tahun 2021 - Pemuda UMNO
Asyraf berkata, perkara itu nyata telah menongkah arus tren pembangunan ekonomi semasa negara-negara jiran di rantau ini.

Henti segera 'curi', 'beli' ahli UMNO jika mahu terus bekerjasama - Asyraf Wajdi
Asyraf berkata tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal sekiranya perkara sedemikian masih berlaku.

Kali terakhir status halal kilang bekal daging ayam China diperiksa 2016 - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO turut terima maklumat Jabatan Pemeriksaan Veterinar (DVS) tidak pernah mengeluarkan permit import (AP) untuk produk ekor lembu.

Tubuh pasukan khas jejaki dalang kartel daging import - Asyraf Wajdi
Majoriti tidak sedar pensijilan halal dan penguatkuasaan membabitkan makanan halal terletak di bawah bidang kuasa agensi yang berbeza-beza.