KUALA LUMPUR: Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) mengesahkan kejadian melibatkan sebuah kenderaan Malaysian Battalion 850-11 (Malbatt 850-11), yang disekat penduduk tempatan di Beirut, Lubnan.
MK ATM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian tersebut berlaku pada 29 Feb kira-kira 4.30 petang (waktu tempatan Lubnan), ketika konvoi dua buah kenderaan Malbatt 850-11 dalam perjalanan ke Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) staging area, berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri, Beirut.
"Sebuah daripada kenderaan terbabit iaitu jenis Fitted For Radio jenama Cendana Auto bersama lima anggota Malbatt 850-11, telah terpisah daripada konvoi akibat kesesakan lalu lintas.
"Kenderaan tersebut telah memasuki kawasan Hay Al-Sellom di Dahiyeh, Selatan Beirut bagi membuat pusingan untuk kembali ke laluan sebenar," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, ketika membuat pusingan tersebut sekumpulan penduduk tempatan seramai 15 hingga 20 orang menyekat kenderaan itu dan meminta anggota untuk memberikan penjelasan serta tujuan kenderaan melalui kawasan itu, memandangkan ia merupakan kawasan milik persendirian.
Kenyataan itu memaklumkan penduduk juga memeriksa bahagian dalam kenderaan untuk tujuan tertentu, sebelum dibenarkan meneruskan tugasan.
"Tiada sebarang kecederaan kepada anggota, kehilangan peralatan atau kerosakan kepada kenderaan dalam insiden tersebut. Perkara ini juga telah dirujuk kepada pihak Lebanese Armed Force.
"Malbatt 850-11 akan meneruskan rutin tugasan seperti mandat yang ditetapkan oleh UNIFIL dan semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, media Lubnan melaporkan kenderaan berperisai milik UNIFIL yang didakwa membawa anggota pengaman dari Malaysia, dipercayai ditahan penduduk tempatan dan diserahkan kepada pejuang Hezbollah di kawasan Hay al-Sellom di Dahiyeh, selatan Beirut, baru-baru ini.
Portal Defence Security Asia (DSA) yang memetik media Lubnan melaporkan bahawa, kawasan berkenaan berada di luar kawasan operasi UNIFIL.
Portal berita berbahasa Arab Lubnan Al-Modon pula, mengeluarkan video memaparkan keadaan dalam kenderaan perisai UNIFIL itu yang antara lain menunjukkan di stereng kenderaan perisai terdapat perkataan 'Cendana Auto' dan beberapa peralatan peribadi milik anggota pengaman.
Timbalan Jurucakap UNIFIL Kandice Ardiel ketika bercakap dengan stesen televisyen tempatan, Lebanese Broadcasting Corporation International (LBCI) mengesahkan kejadian itu, yang membawa kepada penahanan sementara anggota pengaman UNIFIL.
"Sebuah kenderaan pasukan pengaman PBB yang sedang dalam perjalanan rutin logistik ke Beirut telah memasuki jalan yang tidak dirancang," menurut Kandice.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kewarganegaraan anggota pengaman yang terbabit dalam insiden itu.
Selain kebebasan untuk bergerak di dalam kawasan operasi UNIFIL, Kandice memaklumkan mereka juga dibenarkan bergerak di seluruh Lubnan oleh kerajaan negara itu, bagi tujuan pentadbiran dan faktor logistik seperti tertakluk dalam pelaksanaan Resolusi 1701.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Malbatt 850-11 akan meneruskan rutin tugasan seperti mandat yang ditetapkan oleh UNIFIL dan semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut. - Bernama
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kumpulan kedua MALBATT 850-11 bagi misi pengaman berlepas ke Lubnan
Kumpulan kedua MALBATT 850-11 bagi misi pengaman dan kemanusiaan PBB di Lubnan, berlepas dari Pangkalan Udara Subang, Shah Alam, hari ini.
Penghantaran tentera Malaysia ke Lubnan tiada kaitan Perang Palestin-Israel - Mohamad Hasan
Malbatt 850-11 adalah sebahagian misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL).
Pingat PNBB kepada MALBATT 850-10 pengiktirafan buat pasukan tentera negara - Mohamad
Ia merupakan pengiktirafan terhadap kemampuan pasukan tentera negara dalam memelihara keamanan sejagat.
Kerajaan teliti situasi COVID-19 sebelum buat keputusan penganjuran LIMA, DSA - Hishammuddin
Banyak perbincangan perlu diadakan dengan pihak industri dan berkepentingan termasuk dari luar negara bagi mengetahui status pembabitan mereka dalam pameran itu.
Mat Sabu menjejakkan kaki di bumi Lubnan...
Mohamad Sabu buat julung kalinya menjejakkan kaki di kem tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan sebagai Menteri Pertahanan.
Pengaman Malaysia sambut Aidiladha secara sederhana di Beirut
Walaupun menjalankan tugas menjaga keamanan, anggota dan pegawai MALBATT tidak ketinggalan melaksanakan perintah dan tanggungjawab agama, termasuk ibadah korban.
MALBATT wujudkan keseimbangan hubungan komuniti dan operasi misi keamanan
Peranan pasukan Pengaman Malaysiabukan sahaja diperlukan komuniti dan masyarakat Lubnan di sini malah penting dalam mewujudkan keseimbangan dalam operasi Pasukan InteriM PBB di Lubnan.
MALBATT 850-4: Misi pengaman dapat pengiktirafan antarabangsa
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum mahu pasukan Pengaman Malaysia 850-4 ke Lubnan meneruskan tradisi kecemerlangan untuk menyambung misi Pasukan Interim PBB di Lubnan.
"Saya nak berani macam bapa" - Anak wira Black Hawk Down
Mat Aznan merupakan wira negara yang terkorban dalam perempuran Bakara Market atau dikenali sebagai Black Hawk Down, di Somalia pada 1993.
'Battle of Bakara' masuki fasa kedua tahun hadapan
Perancangan menerbitkan versi lain filem Hollywood, Black Hawk Down dengan sudut pandangan tentera Malaysia akan memasuki fasa kedua awal tahun hadapan.