"Saya bertekad untuk menjadi anggota tentera yang berani seperti bapa," demikian kata Sarjan Nor Azlinda Mat Aznan, 29.
Jurulatih Kanan Kor Perkhidmatan Am, 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Lapangan Terbang di sini berkata keberanian dan pengorbananan bapanya Koperal Mat Aznan Awang menjadi pembakar semangat baginya untuk menjadi anggota tentera yang berani dan dapat menyelesaikan misi yang ditugaskan.
Mat Aznan merupakan wira negara yang terkorban dalam perempuran Bakara Market atau dikenali sebagai Black Hawk Down, di Somalia pada 1993.
Allahyarham merupakan anggota Pasukan Pengaman Malaysia (MALBATT 1) yang terkorban selepas kereta perisai yang dipandunya terkena pelancar roket RPG yang ditembak oleh puak militia Farah Aideed.
"Saya ingat lagi pesanan arwah ayah yang mahu saya belajar bersungguh-sungguh dan menjadi ustazah, tetapi akhirnya saya ikut jejak langkah ayah menjadi tentera," kata anak sulung daripada dua beradik ini.
Azlinda yang menyertai 19 RAMD sejak lapan tahun lepas berkata beliau bersedia untuk berkhidmat di negara bergolak seperti Somalia sekiranya khidmatnya diperlukan.
"Saya memang teringin untuk menyertai misi pengamam Malaysia (MALBATT) tetapi belum ada peluang. Jika berpeluang pasti saya tidak tolak," katanya.
Majlis mengenang jasa wira pertempuran Bakara Market diadakan di sini semalam.
Ibu Azlinda, Siti Zauyaj Yahya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pertahanan kerana turut menghargai jasa dan pengorbanan suaminya.
"Penghargaan ini amat bermakna buat anggota tentera yang menyertai MALBATT 1," katanya yang kini menetap di Baling.
Sementara itu rakan Allahyarham, Lans Koperal (B) Mohd Sobri Ahmad, 55, berkata ketika kejadian kereta perisai Condo yang dinaiki mereka dibedil dengan peluru dan pelancar roket.
"Ribuan peluru hinggap pada kereta perisai kami tetapi semangat juang yang tinggi membuatkan kami meneruskan misi menyelamat Renjer Amerika yang terkepung itu," katanya.
Beliau berkata akhirnya sebuah kereta perisai tentera Malaysia terkena peluru pelancar roket yang membunuh Allahyarham Koperal Mat Aznan.
"Kenangan ini kekal dalam minda kami yang terlibat dalam misi tersebut," katanya yang kini menetap di sini.
BACA: Kisah sebenar Black Hawk Down
Bernama
Thu Oct 29 2015
Anak sulung Allahyarham Koperal Mat Aznan Awang, Sarjan Noor Azlinda (kanan) dan balu Allahyarham Siti Zauyah Yahya (dua kanan) kelihatan sebak ketika menonton pantomen mengenai pertempuran di Bakara Market, Somalia. - Foto Bernama
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Matrade anjur pameran halal di Dubai
Pameran perdagangan halal itu, yang diunjurkan mencapai RM1 bilion dalam jualan, akan menampilkan sejumlah 2,000 gerai dari 45 negara dengan 14 kluster, termasuk kluster bahan halal yang baru diperkenalkan.
Industri penerbangan Malaysia berisiko - Maybank IB
Syarikat penerbangan seperti Capital A dan AirAsia X, juga mungkin melihat pendapatan dan harga saham mereka dikurangkan kerana mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga bahan api jet.
Malbatt: Misi Bakara pupuk semangat patriotik melalui kisah benar
Filem "Malbatt: Misi Bakara" diyakini mampu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penonton kerana ia berdasarkan kisah misi dan perjuangan sebenar anggota Batalion Malaysia (Malbatt).
Pelakon 'Saving Private Ryan' Tom Sizemore hidap aneurisme otak, kini kritikal
Sizemore juga pernah membintangi filem "Black Hawk Down", "Born on the Fourth of July" dan "Natural Born Killers".
'Jika berdiri atau cangkung, pasti kena tembakan' - Tok Lan kenang tragedi Black Hawk
Tok Lan berkata, militia Farrah Aidid sering kali melancarkan serangan bom mortar pada setiap malam di sekitar Mogadishu.
Buku 'Somalia Belang Harimau Besi' dicadang jadi silibus pelajaran
DBP merancang untuk mengadakan perbincangan dengan KPM untuk menjadikan buku Somalia Belang Harimau Besi sebagai sebahagian silibus pelajaran di sekolah.
'Bakara' kisah sebenar pertempuran di Mogadishu, 'Black Hawk Down' versi Malaysia
Filem tersebut berdasarkan kejadian sebenar pertempuran di Mogadishu, Somalia, adaptasi daripada filem Black Hawk Down versi sebenar Malaysia.
"Saya nak berani macam bapa" - Anak wira Black Hawk Down
Mat Aznan merupakan wira negara yang terkorban dalam perempuran Bakara Market atau dikenali sebagai Black Hawk Down, di Somalia pada 1993.
'Battle of Bakara' masuki fasa kedua tahun hadapan
Perancangan menerbitkan versi lain filem Hollywood, Black Hawk Down dengan sudut pandangan tentera Malaysia akan memasuki fasa kedua awal tahun hadapan.
KRU Studios rancang Black Hawk Down versi baru
Penerbit filem Vikingdom itu mahu menceritakan kisah sebenar perajurit tanahair yang terlibat dalam pertempuran 20 tahun lalu di Somalia.
Kisah sebenar Black Hawk Down: Apa komen anda?
Ini reaksi anda kepada laporan tentang sumbangan tentera Malaysia yang tidak dirakamkan dalam filem Hollywood, Black Hawk Down.
Kisah sebenar Black Hawk Down
Pada 1993, lebih 100 tentera Malaysia bertarung nyawa untuk menyelamatkan renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Somalia tetapi jasa mereka tidak dikenang.