awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan mewah ditahan 45 kali culas bayar tol

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2023
21:15 MYT
Kenderaan mewah ditahan 45 kali culas bayar tol
Prolintas mengingatkan agar pengguna lebuh raya agar tidak bersikap penting diri. - Foto Twitter/@Prolintas
KUALA LUMPUR: Tindakan sebuah kenderaan mewah yang didapati tidak membayar tol membawa padah apabila ditahan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di sini pada Isnin.
Lebih memeranjatkan pemeriksaan dijalankan mendapati kenderaan mewah itu didapati tidak membayar tol sebanyak 45 kali.
Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menerusi hantaran Twitter memaklumkan, kenderaan mewah dipandu seorang wanita itu didapati mempunyai tunggakan sebanyak RM275.65.
"Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan.
"45 kali terlepas bayar tol, jumlah tunggakan RM275.65 telah dilangsaikan serta-merta," katanya dalam perkongsian yang dimuat naik pada Isnin.
Prolintas dalam hantaran sama turut mengingatkan agar pengguna lebuh raya agar tidak bersikap penting diri.
"Jadikan ini iktibar ya, jangan tiru aksi tak bermoral ni, anda bukan saja menceroboh, perbuatan ini juga membahayakan kenderaan lain," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#AKLEH
#culas bayar tol
#Kenderaan Mewah
#PROLINTAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan