awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong terlibat dalam kemalangan

Bernama
Bernama
08/08/2013
10:08 MYT
Kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong terlibat dalam kemalangan
Kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong yang sedang menghala ke utara terlibat kemalangan dengan kenderaan pengiringnya di Km368.9, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Slim River, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Osman Nayan berkata bagaimanapun dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, hanya pemandu rasmi bersendirian dalam kereta Mercedes Benz itu.
"Kereta pengiring cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta lain yang tidak dipastikan nombor pendaftarannya apabila pemandunya memperlahankan kereta secara tiba-tiba.
"Oleh kerana jarak terlalu dekat pemandu kereta pengiring turut membrek sebelum dilanggar dari arah belakang oleh pemandu kereta rasmi Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya kejadian itu berlaku di laluan lurus dan permukaan jalan adalah kering dan berstruktur baik.
Beliau berkata kereta rasmi terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan manakala kereta pengiring turut terjejas di bahagian belakang.
Pemandu kenderaan rasmi itu dan dua anggota pengiring terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.
Topic Berkaitan
#kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong
#PLUS
#Slim River
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan