Seorang warga emas berhadapan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas ke dalam gaung dianggarkan 20 meter di Jalan Pahang Batu 13, di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak ketika mengulas kejadian itu berkata, mangsa dikenali sebagai Khor Chin Chark, 72, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.
Katanya lagi, mangsa juga berjaya keluar dari kenderaan dengan sendirinya.
"Pihak kami menerima panggilan pada pukul 8.46 pagi dan setibanya di lokasi kejadian mendapati terdapat kemalangan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
"Tindakan operasi membuat size up bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud dan anggota melakukan operasi membuat sistem tali untuk penyelamat turun ke lokasi dengan membawa 1 unit pengusung, 1 unit c coller, 2 unit webbing dan 2 unit lampu suluh.
"Seramai empat orang penyelamat membuat kerja penyelamatan di lokasi mangsa terjatuh, mangsa kemudiannya dipakaikan c coller dan diletakkan dalam pengusung," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut jurucakap itu lagi, mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Operasi yang diketuai oleh Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Saiful Haniff Mahmad Ayub itu tamat pada pukul 10.57 pagi.
Aida Aziz
Sun Dec 15 2019
Beginilah keadaan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh Khor Chin Chark yang terbabas dalam gaung 20 meter di Jalan Pahang Batu 13, Tapah, Perak. - Gambar ihsan JBPM
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Kenderaan terbabas dalam gaung 20 meter, warga emas berhadapan detik cemas
Seorang warga emas berhadapan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat rodanya terbabas ke dalam gaung dianggarkan 20 meter.