awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kenduri durian', polis akan panggil Timbalan Speaker

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2021
02:08 MYT
'Kenduri durian', polis akan panggil Timbalan Speaker
Mohd Rashid ketika dihubungi menjelaskan, klip video itu adalah rakaman lama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan.
Ia susulan klip video kenduri durian di sebuah kebun yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya akan memanggil Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu dan pihak terbabit dalam klip video berkenaan bagi membantu siasatan.
"Satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan telah dibuka untuk menyiasat kejadian yang berlaku di dalam video tersebut.
"Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.
Tular di media sosial rakaman video berdurasi 13 saat memaparkan majlis kenduri durian di sebuah kebun dipercayai di Batu Pahat dengan kehadiran Abdul Rashid.
Mohd Rashid ketika dihubungi menjelaskan, klip video itu adalah rakaman lama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
BACA: Kenduri durian: Rashid Hasnon percaya itu video lama, akur disiasat polis
Tambah Ismail, orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Topic Berkaitan
#SOP
#Batu Pahat
#media sosial
#video
#kenduri durian
#langgar SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan