awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenya, Tanzania dan Ethiopia jadi pintu baharu pasaran minyak sawit - Teresa Kok

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
04/11/2019
10:11 MYT
Kenya, Tanzania dan Ethiopia jadi pintu baharu pasaran minyak sawit - Teresa Kok
Teresa berkata ketiga-tiga negara itu turut memberi keyakinan terhadap komitmen kerajaan Malaysia dalam memastikan Malaysia sebagai pengeksport utama produk sawit yang berkualiti tinggi. - Gambar fail
Misi Ekonomi dan Promosi Sawit ke Kenya, Tanzania dan Ethiopia baru-baru ini telah membuahkan hasil apabila ia telah membuka ruang dan peluang pasaran serta kerjasama dalam sektor penyelidikan di antara Malaysia dan negara-negara berkenaan.
Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata ketiga-tiga negara itu turut memberi keyakinan terhadap komitmen kerajaan Malaysia dalam memastikan Malaysia sebagai pengeksport utama produk sawit yang berkualiti tinggi.
“Hasil daripada misi tersebut, negara yang terlibat lebih yakin dengan komitmen kerajaan Malaysia dalam memastikan Malaysia sebagai pengeksport utama produk sawit yang berkualiti tinggi.
“Misi tersebut ternyata telah membuka ruang dan peluang pasaran serta kerjasama dalam sektor penyelidikan di antara Malaysia dan negara-negara berkenaan.
“Di samping itu, negara-negara tersebut juga berfungsi sebagai pintu atau (entre port) kepada pasaran negara-negara Afrika tengah yang juga mempunyai potensi yang tinggi dalam menggunakan minyak sawit,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 (Belanjawan 2020) melibatkan kementeriannya hari ini.
Misi Ekonomi dan Promosi Sawit ke Kenya, Tanzania dan Ethiopia yang diketuai Teresa pada 27 September sehingga 4 Oktober lalu, berobjektifkan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara negara yang terlibat terutamanya dalam sektor komoditi yang melibatkan peluang penyelidikan, pasaran dan pelaburan.
Bagi pasaran di negara-negara Arab, beliau berkata Kementerian melalui pejabat serantau Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Kaherah, Mesir terus komited dalam menjalankan usaha-usaha khidmat nasihat teknikal menerusi penganjuran seminar-seminar, pameran dan penyertaan serta pembentangan kertas kerja dalam seminar-seminar antarabangsa bagi meningkatkan pengetahuan mengenai penggunaan sawit dalam produk harian pengguna.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#kelapa sawit
#Kenya
#kerajaan
#Malaysia
#menteri
#Mesir
#minyak
#Parlimen
#pelaburan
#Teresa Kok
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan