awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh
Tehran sedia untuk perjanjian nuklear adil, saksama, kata diplomat kanan Iran
Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Duta Filipina tidak berasas, Sabah sebahagian daripada Malaysia - Wisma Putra

Bernama
Bernama
23/02/2019
22:45 MYT
Kenyataan Duta Filipina tidak berasas, Sabah sebahagian daripada Malaysia - Wisma Putra
Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Malaysia mengulangi bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan sebarang tuntutan terhadap negeri itu adalah tidak berasas.
Menurut Wisma Putra, Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak penubuhan Persekutuan pada 16 September 1963.
"Oleh demikian, Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayani sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah," katanya dalam satu kenyataan mengulas kenyataan Duta Filipina ke Malaysia Charles Jose di Sabah pada 21 Feb bahawa Manila tidak menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.
Jose dilaporkan membuat kenyataan itu pada sidang akhbar selepas membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Jahid Jahim mengenai perkara itu, Wisma Putra juga menekankan bahawa Malaysia tidak pernah gagal menegaskan kedudukannya mengenai perkara itu.
"Pada masa yang sama, kenyataan Jahid Jahim boleh mengelirukan dan berpotensi merosakkan hubungan baik yang dinikmati oleh Malaysia dan Filipina pada masa sekarang.
"Hubungan dua hala ini adalah penting bukan sahaja kepada kedua-dua negara malah ke seluruh rantau ini," tambah beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Charles Jose
#duta
#Filipina
#gugur
#Hubungan dua hala
#Jahid Jahim
#Malaysia
#Manila
#PBB
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Shafie Apdal
#tuntutan
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan