KUALA LUMPUR: Kenyataan Pulau Pinang milik Kedah yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, adalah satu tindakan menghasut, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata kenyataan itu juga menunjukkan, Menteri Besar Kedah itu daif dari segi ilmu sejarah, malah tidak memahami Perlembagaan.
"Hanya orang yang tidak buta sejarah sahaja tidak membangkitkan perkara ini.
"Saya fikir ini bukan sekadar menghasut, tetapi juga daif dari segi ilmu sejarah," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Fikrah Siddiq Fadzil - Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Muhammad Sanusi kelmarin (Isnin), yang menegaskan Pulau Pinang adalah milik Kedah kerana kedua-dua negeri itu tidak mempunyai sempadan.
Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata sebagai seorang pemimpin negeri, Muhammad Sanusi seharusnya faham soal Perlembagaan dan perundangan di sebalik perjanjian antara kedua-dua negeri itu.
Beliau berkata terdapat perkara yang sudah ditandatangani dan ia termaktub dalam perjanjian pemerintahan kedua-dua negeri ketika berada di era kolonialisme.
"Biarpun kita menolak (perjanjian) kolonialisme itu, namun perjanjian itu diterjemahkan dalam Suruhanjaya Cobbold bagi pembentukan sebuah (Persekutuan) Tanah Melayu," katanya.
Ahmad Zahid berharap, Muhammad Sanusi turut memahami serta mengetahui mengenai Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu, dalam membuat kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata Kerajaan Perpaduan wajar diberi masa untuk membuktikan prestasinya mengurus tadbir negara, dan adalah tidak adil untuk menilai prestasi sebenar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam tempoh tujuh bulan sahaja.
"Adalah tidak adil kerajaan yang baharu berusia tujuh bulan ini, dilemparkan dengan soal prestasi.
"Semua harus tahu bahawa kesan dari limpahan pengumuman dan dana yang disediakan melalui pembentangan Belanjawan 2023 umpamanya, hanya akan terlihat apabila pelaksanaannya dilakukan sepenuhnya," katanya.
Berhubung Seminar Fikrah Siddiq Fadzil, Ahmad Zahid berharap sesi perkongsian ilmu itu diteruskan dan dikembangkan lagi, mengambil kira pemikiran tokoh itu yang disifatkannya cukup terkedepan, bersifat sejagat, inklusif dan meraikan realiti dalam konteks masyarakat berbilang budaya dan agama di negara ini.
Sehubungan itu, beliau mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk penganjuran seminar, forum atau wacana pemikiran tokoh bahasa dan budaya itu, pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemu bual pengamal media selepas Majlis Penutupan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil 'Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia' di Balai Budaya Tun Syed Nasir Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini. - BERNAMA
Haram berdosa tunai haji tanpa visa sah
Tindakan rakyat Malaysia tidak mengikut saluran dan proses yang betul untuk menunaikan haji adalah berdosa dan haram berdasarkan Fatwa Kerajaan Arab Saudi, kata Pengarah Operasi Bimbingan Tabung Haji, Shahrin Awaluddin
#AWANI745
#AWANI745
Kes Zulfarhan: 12 bekas penuntut UPNM berdepan kesan sepanjang hayat
Bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kecederaan terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu, memberitahu Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa bahawa mereka telah menerima kesan kejadian sepanjang hayat.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] LHDN tetapkan dua kaedah bayaran cukai dengan amaun tinggi
LHDN menetapkan dua kaedah pembayaran cukai membabitkan amaun yang tinggi untuk pembayar cukai syarikat serta individu.
PM ke Kyrgyztan, Kazakhstan, Uzbekistan bermula esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adakan lawatan rasmi ke Kyrgyztan, Kazakhstan, Uzbekistan bermula esok.
#AWANI745
#AWANI745
Anwar tolak keperluan kasino kedua untuk Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuk Malaysia bergantung kepada hasil kasino bagi membantu meningkatkan pendapatan negara.
Perdana Menteri berkata, ini kerana penumpuan negara dalam bidang seperti transformasi digital, pemindahan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) sudah mencukupi untuk mencapai matlamat itu.
#AWANI745
Perdana Menteri berkata, ini kerana penumpuan negara dalam bidang seperti transformasi digital, pemindahan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) sudah mencukupi untuk mencapai matlamat itu.
#AWANI745
Akaun Fleksibel: Literasi bantu capai kesejahteraan kewangan
Adalah penting untuk memberi penekanan terhadap aspek literasi kewangan bagi membolehkan orang ramai mencapai matlamat utama yang disasarkan, iaitu kesejahteraan kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes demam denggi menurun pada ME18, tiada kematian - KP Kesihatan
Sebanyak 1,995 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME18) bagi tempoh 28 April hingga 4 Mei lepas berbanding 2,237 kes pada minggu sebelumnya.
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia suku tahun pertama 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Demografi Malaysia untuk suku tahun pertama 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton
Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.
Jumlah korban banjir lahar dingin di Indonesia meningkat
Sebanyak 52 orang ditemukan terkorban dan 17 lagi dilaporkan hilang selepas banjir lahar dingin merosakkan rumah, bangunan dan kemudahan awam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.