Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad menegaskan beliau mengeluarkan empat kenyataan akhbar untuk menjelaskan dan menegah tuduhan-tuduhan yang tidak benar terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Katanya berkata beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab berat dan besar untuk membela dan menegah tuduhan-tuduhan tidak benar itu agar masyarakat mendapat gambaran dan fakta sebenar yang telah dikelirukan dengan sengaja oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan politik tertentu.
Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 14 Jun melalui Tetuan Jahaberdeen & Co, katanya beliau tidak pernah berniat jahat atau 'malice' dalam menerbitkan kenyataan-kenyataan media itu tetapi ia diterbitkan untuk pengetahuan dan kepentingan rakyat Malaysia.
Tengku Sharifuddin, 54, berkata demikian dalam pernyataan pembelaannya terhadap saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, 51, terhadapnya pada 3 Mei lepas dengan mendakwa defendan mengeluarkan empat kenyataan fitnah pada 15, 20, 23 dan 26 April lepas.
Dalam pernyataan pembelaannya itu, defendan juga menegaskan bahawa beliau bertanggungjawab untuk memberi pencerahan kepada rakyat berkaitan kenyataan politik oleh pihak tertentu apabila kenyataan itu adalah palsu dan tindakan-tindakan politik yang mempunyai agenda jahat bertujuan menggugat perjalanan sebuah kerajaan.
Pada ketika itu, katanya ada isu-isu dan tuduhan-tuduhan yang tidak baik bermotifkan politik untuk mengganggu tugas dan kedudukan Perdana Menteri dan beliau selaku Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri telah mengambil tindakan yang betul dan tepat mengeluarkan kenyataan media untuk menjelaskan bagi pihak Perdana Menteri.
Tengku Sharifuddin berkata kenyataan-kenyataan media itu adalah komen-komen adil dan berpatutan berdasarkan fakta-fakta, isu-isu dan perkara yang telah timbul dan hangat dibincangkan pada masa itu.
Oleh itu, katanya adalah berpatutan dan munasabah beliau yang berjawatan itu memberi komen-komen adil dan berpatutan berdasarkan fakta-fakta sedia ada pada ketika itu.
Tengku Sharifuddin berkata kesemua kenyataan media itu diterbitkan dalam kapasiti rasmi dan umum defendan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri dan diterbitkan di saluran media rasmi pejabat Perdana Menteri termasuk di halaman Facebook rasmi "PMO Malaysia" iaitu Pejabat Perdana Menteri Malaysia.
"Hal ini adalah terbukti bahawa kenyataan-kenyataan media tersebut bukanlah pengataan-pengataan peribadi daripada defendan," katanya.
Beliau berkata kenyataan-kenyataan media itu jika dibaca secara keseluruhan atau berasingan dalam maksud biasa dan lazim tidak langsung mempunyai unsur fitnah kepada plaintif.
Katanya sebagai penjawat awam dan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, beliau mempunyai tanggungjawab dan tugas untuk memberi penjelasan dan kenyataan terhadap situasi politik di negara ini dan beliau juga dipertanggungjawab untuk bertindak serta memberi kenyataan kepada perkembangan politik di negara ini.
Dalam pernyataan pembelaan itu, Tengku Sharifuddin memohon kepada mahkamah supaya tuntutan saman Mukhriz itu ditolak dengan kos.
Peguam mewakili defendan, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos semasa dihubungi berkata beliau akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan saman itu menyalahgunakan proses mahkamah atas alasan politik.
Bernama
Thu Jun 16 2016
Tengku Sharifuddin berkata kenyataan-kenyataan media berkaitan perdana menteri (gambar) itu adalah komen-komen adil dan berpatutan berdasarkan fakta-fakta. - Gambar fail
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Mahkamah gugurkan dua kenyataan Tengku Sharifuddin dalam saman Mukhriz
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Datuk Seri Tengku Sharifuddin untuk menggugurkan dua daripada empat kenyataan akhbar beliau yang terkandung dalam saman Datuk Seri Mukhriz terhadapnya.
Kenyataan media untuk tegah tuduhan tidak benar terhadap Perdana Menteri
Tengku Sharifuddin berkata kenyataan-kenyataan media itu adalah komen-komen adil dan berpatutan berdasarkan fakta-fakta.