Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Isnin menegaskan kenyataan yang sedang tular termasuk di media sosial dan aplikasi WhatsApp serta Telegram berkaitan statistik pekerja asing tanpa izin pada 2019 adalah palsu.
"Semua pihak diminta berhenti menyebarkannya serta merta," kata DOSM dalam satu kenyataan.
Antara kandungan kenyataan palsu yang ditular itu menyebut; "According to data released by the Statistics Malaysia in 2019, the total number of legal and illegal foreign workers in Malaysia has reached 6.7 million (Mengikut data dikeluarkan Jabatan Statistik Malaysia pada 2019, jumlah keseluruhan pekerja asing sah dan tidak sah di Malaysia telah mencecah 6.7 juta).
"Of these, only about 2.7 million are legal foreign workers, and the other four million are illegal foreign workers (Daripada jumlah itu, 2.7 juta adalah pekerja asing sah, dan empat juta lagi adalah pekerja asing tidak sah)."
DOSM menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan statistik berkaitan pekerja asing tanpa izin tersebut, dan mengingatkan orang ramai supaya memastikan maklumat adalah sahih, sebelum dikongsikan.
DOSM berkata ia telah mengeluarkan data awalan Statistik Tenaga Buruh (STB) bagi tahun 2019 pada 11 April 2020, yang melaporkan tenaga buruh Malaysia merekodkan 15.6 juta orang pada 2019 berbanding 15.3 juta pada 2018.
Menurut dapatan awalan STB 2019, statistik tenaga buruh mengikut kewargananegaraan adalah 13.3 juta orang warganegara dan bukan warganegara adalah 2.3 juta orang.
DOSM berkata statistik tenaga buruh secara terperinci akan diterbitkan pada 29 April ini.
Orang awam juga boleh mendapatkan statistik rasmi melalui portal DOSM (www.dosm.gov.my) atau media sosial DOSM (@StatsMalaysia).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 27 2020
DOSM meminta semua pihak berhenti menyebarkannya berita palsu itu serta-merta. - Gambar hiasan
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Jumlah jawatan bagi ST1 2024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Hasil sektor perkhidmatan naik 6.1 peratus kepada RM594.5 bilion pada suku pertama 2024 - Perangkaan
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.1 peratus tahun ke tahun bagi suku pertama 2024 kepada RM594.5 bilion.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Nilai jualan dagangan borong, runcit naik 5.5 peratus kepada RM141.1 pada Februari 2024
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan berjumlah RM141.1 bilion, meningkat 5.5 peratus tahun ke tahun pada Februari 2024.
Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM
Kadar pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang.