PAS Selangor hari ini menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu bukan satu keputusan muktamad.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad sebaliknya berkata penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin PAS Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor.
"Kita lihat, apa yang dinyatakan Datuk Mustafa hanya sekadar bayangan saja namun kita mahu dengar keputusan akhir berkenaan siapa calon layak daripada pimpinan PAS pusat sendiri.
"Namun demikian, pihak saya (PAS Selangor) tidak menghantar nama untuk dicalonkan bagi jawatan itu (menteri besar baharu)...kita serahkan saja pada PAS Pusat untuk menentukan siapa yang layak sebelum nama dihantar (ke istana) Rabu depan," katanya kepada pemberita di sini.
Ditanya sama ada nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut tersenarai sebagai calon menteri besar baharu yang dicadang PAS Pusat, Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Semalam, Mustafa berkata PAS akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR untuk menjawat kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Menurutnya, ia berikutan PAS Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon bagi jawatan tersebut.
Bernama
Thu Aug 28 2014
ISKANDAR: Kenyataan Mustafa hanya sekadar bayangan. PAS Pusat akan tentukan siapa yang layak sebelum nama dihantar ke istana Rabu depan.
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Siasat segera punca banjir di Lembah Jaya Utara
Punca kejadian juga perlu diketahui dan diselesaikan supaya bencana sama tidak berulang.
Bajet 2022: REACH mahu peruntukan penyelenggaraan perumahan ditambah
Kebanyakan pembangunan berstrata menghadapi masalah untuk dibaik pulih atau ditambah baik kerana ia melibatkan kos yang tinggi.
Dakwaan anggota Pas sertai PKR hanya khabar angin - Iskandar
Khabar angin berkenaan sengaja dicipta untuk menganggu persiapan PAS menghadapi pilihan raya umum yang dijangka berlangsung beberapa bulan lagi.
ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi Pesuruhjaya Pas Selangor baharu
Sallehen berkata parti Islam itu akan bertanding sekurang-kurangnya 45 kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang berbanding 20 kerusi sebelum ini.
Kemenangan adalah pengiktirafan kepada Pemuda - Nik Abduh
Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang baharu, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata pemilihannya untuk jawatan itu adalah satu pengiktirafan kepada sumbangan pemuda.
Tiga exco PAS tetap kekal dalam pentadbiran Selangor - Iskandar
Tiga anggota Exco Selangor daripada PAS tidak akan keluar daripada kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) selagi tidak menerima arahan pucuk pimpinan tertinggi parti.
Tiada masalah jika Amanah hendak bertanding di kerusi PAS - Iskandar
PAS sedia menghadapi apa saja kemungkinan yang disifatkan sebagai 'landskap politik baru'.
Sokongan Tun M kepada Amanah tidak beri kesan kepada PAS - Iskandar
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata PAS sudah lama berjuang menentang Dr Mahathir.
Tiada perbincangan di antara Pas dan DAP mengenai kerusi di Selangor - Iskandar
Iskandar berkata pihaknya tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan DAP berhubung hasrat DAP ingin bertanding di lapan kerusi DUN milik Pas negeri itu pada PRU akan datang.
'Saya tidak ambil 'pot' kenyataan Mat Sabu' - Iskandar
Datuk Iskandar Abdul Samad mengakui tak mengambil peduli sebarang kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengenai kedudukan parti itu yang dikatakan tidak menumpang apa sahaja perkara berkaitan Pas.