awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga exco PAS tetap kekal dalam pentadbiran Selangor - Iskandar

Bernama
Bernama
31/03/2017
07:08 MYT
Tiga exco PAS tetap kekal dalam pentadbiran Selangor - Iskandar
ISKANDAR:" Saya ikut arahan presiden parti sebab kita hanya ada satu presiden sahaja... buat masa ini tiada arahan untuk itu, jadi kita bertugas seperti biasa." - Gambar fail
Tiga anggota Exco Selangor daripada PAS tidak akan keluar daripada kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) selagi tidak menerima arahan pucuk pimpinan tertinggi parti.
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ketiga-tiga mereka termasuk dirinya juga akan menunggu keputusan muktamar PAS bulan depan, sebelum memutuskan langkah seterusnya.
"Saya ikut arahan presiden parti sebab kita hanya ada satu presiden sahaja... buat masa ini tiada arahan untuk itu, jadi kita bertugas seperti biasa," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.
Selain Iskandar, dua lagi anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS ialah Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Hubungan antara PAS dan PKR tegang susulan ada cadangan daripada beberapa PAS kawasan yang menuntut pucuk pimpinan memutuskan kerjasama dengan PKR selepas parti itu bertegas untuk menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP.
Media sebelum ini melaporkan isu kerjasama politik antara kedua-dua parti terbabit akan dibawa ke muktamar PAS pusat yang dijadualkan 27 April hingga 1 Mei ini.
Mengulas perkembangan lain, Iskandar berkata keputusan kerajaan persekutuan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat tidak menjejaskan semangat parti itu untuk meneruskan pembentangan RUU tersebut.
"Kita akan tetap teruskan... ini inisiatif kami, kita yakin ia tetap akan dibentangkan oleh presiden parti (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," kata Naib Presiden PAS itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu lepas mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.
RUU 355 itu diusul buat kali pertama di Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan dibuat sekali lagi pada 24 Nov tahun lepas oleh Abdul Hadi. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Exco Selangor
#Iskandar Abdul Samad
#Kerajaan Negeri Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan