awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan adalah pengiktirafan kepada Pemuda - Nik Abduh

Bernama
Bernama
01/05/2017
15:32 MYT
Kemenangan adalah pengiktirafan kepada Pemuda - Nik Abduh
Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata pemilihannya untuk jawatan itu adalah satu pengiktirafan kepada sumbangan pemuda bagi memantapkan lagi perjuangan parti dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14. -Gambar fail
Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang baharu, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata pemilihannya untuk jawatan itu adalah satu pengiktirafan kepada sumbangan pemuda bagi memantapkan lagi perjuangan parti dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14.
"Saya harap dapat terus beristiqomah dan itu adalah penghargaan kepada seluruh pemuda daripada perwakilan sehingga memberi undi kepada saya," katanya kepada pemberita dalam reaksinya terhadap kemenangan dalam pemilihan barisan baharu kepimpinan parti.
Nik Mohd Abduh berkata beliau akan meneruskan kerja menguatkan parti bersama kepimpinan utama khususnya Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menggunakan pengalaman sebagai Ketua Pemuda sebelum ini untuk kebaikan parti.
Nik Mohd Abduh antara 18 calon yang menang daripada 26 yang bertanding jawatan AJK Kerja PAS Pusat bagi penggal 2017-2019,
Beliau memperoleh undi tertinggi iaitu 1,005 undi daripada 1,209 perwakilan yang layak mengundi pada Sabtu lepas.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad, yang mengekalkan jawatan Naib Presiden, berkata pemilihan yang berlangsung secara harmoni dan tenang sepanjang muktamar kali meyakinkan beliau bahwa tiada ahli PAS yang bertindak keluar parti sebaliknya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
"Kita telah berikrar kalau ada yang kalah pun tak akan keluar dan banyak calon terima keputusan pemilihan bagi menyumbang kepada pembangunan parti," katanya.
Idris mengekalkan jawatan Naib Presiden PAS bersama dua lagi penyandang iaitu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan yang tewas dalam saingan jawatan Naib Presiden, berkata walaupun tewas, ia tidak menjejaskan perjuangannya menegakkan Islam dan akan terus bersama barisan kepimpinan yang dipilih.
Katanya ini kerana PAS mempunyai pelapis yang layak memimpin dan walaupun ramai yang meninggalkan PAS seketika dulu, ia tidak akan melemahkan parti sebaliknya lebih utuh, tenang dan mantap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Idris Ahmad
#Iskandar Abdul Samad
#Mohd Amar Nik Abdullah
#nik mohd abduh
#PAS
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan