Sokongan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan memberi kesan kepada sokongan PAS.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata parti itu sudah lama berjuang menentang Dr Mahathir.

"Jadi, bagi kami, tiada bezanya.

"Kami akan terus berteguh kepada apa yang kami perjuangkan," kata Iskandar, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Dr Mahathir pernah menemuinya untuk menolak kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Iskandar bertegas PAS akan terus berjuang menolak Barisan Nasional secara keseluruhannya.

"Tiada persoalan mengenainya. PAS menolak sistem sedia ada; bukan sahaja kepimpinan Najib, tetapi Barisan Nasional secara keseluruhannya," jelas Iskandar.