PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengalu-alukan kenyataan rakan sejawatnya dari Perancis mengenai pendirian rasmi negara itu yang menyokong penuh kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia berdasarkan sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
"Saya menyambut baik kenyataan lisan dan bertulis yang dizahirkan Menteri Eropah dan Hal Ehwal Luar Perancis berhubung pendirian rasmi Kerajaan Perancis yang menyokong penuh kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia berdasarkan sempadan yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
"Ini seterusnya dapat menyangkal percubaan mana-mana pihak yang mencabar dan menafikan kedaulatan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian Luar Perancis dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawang awal hari ini memaklumkan menterinya, Catherine Colonna "mengiktiraf kedaulatan penuh Malaysia berdasarkan sempadan yang diiktiraf antarabangsa", semasa pertemuan dua hala dengan Zambry di Paris.
Zambry telah mengadakan lawatan dua hari ke Perancis dari 1 hingga 2 Jun, yang juga merupakan lawatan kerja sulungnya ke negara itu sejak dilantik sebagai Menteri Luar pada Disember tahun lepas.
Beliau berkata semasa mesyuarat dua hala yang diadakan pada 2 Jun, kedua-dua menteri telah menilai kemajuan kerjasama sedia ada dan meneroka potensi kolaborasi baharu yang lebih komprehensif.
"Kami juga bersetuju agar interaksi dan kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor, seperti pendidikan, pertahanan, perdagangan, pelaburan, kesihatan dan pelbagai lagi perlu terus dipertingkatkan," katanya.
Zambry dan Colonna turut membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, terutamanya komitmen Perancis dalam meningkatkan lagi kerjasama pembangunan dengan ASEAN serta situasi yang membimbangkan di Myanmar.
"Kami juga menzahirkan sokongan terhadap rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan inklusif demi kemakmuran perdagangan dan perniagaan," katanya menerusi kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023

Catherine Colonna "mengiktiraf kedaulatan penuh Malaysia berdasarkan sempadan yang diiktiraf antarabangsa", semasa pertemuan dua hala dengan Zambry di Paris. - Gambar FB Zambry Abd. Kadir

Kanak-kanak kes dera diserah kepada ibu kandung - Exco
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera ayah kandung dan ibu tirinya sejak Mac lalu di Jempol, akan diserahkan kepada ibu kandungnya.
Suara Rakyat: Ribuan penduduk beratur beli beras RM1
Di sebalik isu kekurangan bekalan beras dan peningkatan harga barangan dalam negara, penduduk di daerah Manjung Lumut, Perak hari ini cukup bertuah.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.

Permintaan beras putih tempatan di Kelantan meningkat hampir 50 peratus
Permintaan terhadap bekalan beras putih tempatan meningkat hampir 50 peratus di Kelantan susulan kenaikan harga beras import.

Laporan pasangan warga asing minta sedekah dirujuk kepada UNCHR, JKM
Polis akan meneliti jika ada pelanggaran undang-undang berkaitan insiden seorang wanita warga asing bertindak biadab selepas dibongkar meminta sedekah.

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

Tidak puas hati keputusan juri, pertandingan dikir barat kecoh
Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.
SPRM mungkin panggil Radzi Jidin - Azam Baki
SPRM masih menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung siasatan dakwaan rasuah itu berhubung projek membabitkan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.

Pencapaian di Sukan Asia jadi indikator persediaan hadapi Olimpik 2024
Pencapaian pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi indikator penting dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Tentera Israel bunuh 2 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat
Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.

Asia Tenggara bukan medan "gadaian persaingan"
Asia Tenggara tidak akan menjadi medan untuk "gadaian persaingan" kerana ia menekankan pengukuhan kerjasama serantau, lapor Agensi Anadolu.

AMRI ke-16 lulus garis panduan banteras berita palsu, maklumat tidak tepat
Persidangan Menteri ASEAN yang Bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) ke-16 meluluskan Garis Panduan Pengurusan Maklumat Kerajaan dalam Membanteras Berita Palsu dan Maklumat Tidak Tepat Dalam Media.

ASEAN perlu kekal hubungan erat dengan AS, China - PM Anwar
ASEAN perlu kekalkan hubungan baik dengan kedua-dua negara itu semasa perkumpulan itu menyatakan komitmen untuk memperkukuh pemusatan.

SIBS 2023 platform cipta peluang ekonomi untuk Selangor, Malaysia
SIBS 2023 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Oktober ini mengangkat tema 'Selangor, Gateway to ASEAN'.
![[KOLUMNIS] Jet Pejuang FA-50 isyarat keseriusan Kerajaan Madani pertahankan kedaulatan [KOLUMNIS] Jet Pejuang FA-50 isyarat keseriusan Kerajaan Madani pertahankan kedaulatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695221746_KAIFAjet.jpg)
[KOLUMNIS] Jet Pejuang FA-50 isyarat keseriusan Kerajaan Madani pertahankan kedaulatan
Dengan penambahan pesawat FA-50 Block 20 ini, Malaysia akan mempunyai kelebihan teknologi dan taktik yang memungkinkan respon lebih cepat dan efektif terhadap sebarang ancaman.

Da Nang jadi hos persidangan ASEAN tentang maklumat
Vietnam akan menjadi tuan rumah Persidangan Menteri ASEAN yang Bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) dan mesyuarat berkaitan dari 20 hingga 23 Sept ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hubungan China-ASEAN model kerjasama Asia Pasifik paling berjaya - PM China
Perdana Menteri China Li Qiang menyifatkan hubungan China-ASEAN sebagai model kerjasama Asia Pasifik paling berjaya dan dinamik.

China-ASEAN: PM Li, syarikat China komited kongsi peningkatan kemahiran kepada pekerja Malaysia - Anwar
Anwar berkata China memandang tinggi kepakaran tenaga profesional di Malaysia, namun kekurangan 'upskilling' di peringkat tertinggi agak ketara.

PM Anwar saksikan pertukaran MoU syarikat Malaysia, China bernilai RM19.84 bilion
Perdana Menteri menyaksikan tiga lagi perjanjian persefahaman (MoU) bernilai RM19.84 bilion ditandatangani antara syarikat Malaysia dan China.