awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Tim Leissner: Usul Anwar dirunding petang ini di Kamar Khas

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/03/2022
05:58 MYT
Kenyataan Tim Leissner: Usul Anwar dirunding petang ini di Kamar Khas
Azhar Azizan bersetuju bahawa usul dikemukakan Anwar itu memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Perkara 18 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Usul dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk dirundingkan.
Ia berkait usul berkenaan kenyataan semasa prosiding melibatkan Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara, Tim Leissner di Amerika Syarikat.
Azhar Azizan bersetuju bahawa isu itu memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Perkara 18 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Pembongkaran tersebut membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) ketika di bawah pimpinan mantan Gabenor BNM, Tan Sri Ungku Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz adalah perkara yang tertentu," katanya ketika membuat ketetapan itu.
BACA: 1MDB: SPRM rekod keterangan Rohana Rozhan sekali lagi
[TERKINI] Dewan Rakyat | Anwar kemuka usul berkait kenyataan Tim Leissner
Jelasnya, isu tersebut juga merupakan berkepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan.
Justeru, beliau membenarkan perkara itu dirundingkan 2.30 petang ini di Kamar Khas Parlimen.
Pada Isnin, Anwar mengemukakan usul itu yang berkait amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan institusi Malaysia khasnya BNM susulan daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Topic Berkaitan
#1MDB
#Anwar Ibrahim
#Bank Negara Malaysia
#Tim Leissner
#Rohana Rozhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan