awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Ulama Muda bukan pendirian UMNO, kata Khairy

Bernama
Bernama
08/05/2014
08:24 MYT
Kenyataan Ulama Muda bukan pendirian UMNO, kata Khairy
Khairy Jamaluddin - Gambar Fail
Kenyataan Setiausaha Ulama Muda Umno Mohd Radzi Othman yang menyifatkan wanita bertudung dalam perhimpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan pada 1 Mei lalu sebagai pelacur, bersifat peribadi, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
"(Ini) tidak melambangkan pendirian Umno atau Pemuda Umno," kata Khairy kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang 2014 Yayasan Pendidikan Titiwangsa kepada 324 pelajar, di sini Khamis.
Susulan kenyataan yang dibuat Mohd Radzi menerusi laman Facebook pada 2 Mei lalu, beberapa pihak membuat laporan polis terhadapnya.
Mengulas dakwaan pelajar Islam dinasihatkan menjauhi pelajar Kristian semasa Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selasa lalu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau akan menyiasat perkara itu.
"Kalau matlamat seminar itu adalah untuk memberi nasihat kepada pelajar Muslim supaya jauhkan diri daripada pelajar Kristian saya rasa itu tidak patut," katanya.
Katanya jika benar perkara itu berlaku, tindakan harus diambil terhadap penganjur.
Seminar itu dianjur secara bersama oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Yayasan Warisan Ibnu Aaby, UiTM dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Topic Berkaitan
#GST
#KHAIRY
#Mohd Radzi Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan