awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepakaran negara luar perlu untuk pembangunan vaksin COVID-19 Malaysia - Ahmad Amzad

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/12/2021
05:21 MYT
Kepakaran negara luar perlu untuk pembangunan vaksin COVID-19 Malaysia - Ahmad Amzad
Dalam elemen pembangunan vaksin negara, ada perbincangan dengan China, Cuba, dan Thailand, dalam penerokaan teknologi vaksin mRNA. - Facebook / Haji Ahmad Amzad Hashim
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) sedang berbincang dengan beberapa negara, termasuk China, Cuba, dan Thailand dalam usaha Malaysia menghasilkan vaksin COVID-19, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Mosti, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, perbincangan itu, khusus tentang pembangunan vaksin jenis messenger asid ribonukleik atau mRNA, seperti mana dihasilkan oleh syarikat terkemuka seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, tumpuan terhadap mRNA adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 November lepas.
"Pembangunan vaksin adalah pembangunan berjangka panjang dan berterusan, ia melibatkan penggunaan kepakaran dan teknologi … jadi kerajaan masukkan elemen pemindahan teknologi, kepakaran menerusi perundingan, daripada negara atau daripada syarikat farmaseutikal luar negara.
"Dalam elemen pembangunan vaksin negara, ketika ini kita telah adakah sesi perbincangan dengan negara-negara seperti China, Cuba, danThailand, dalam penerokaan teknologi vaksin menggunakan mRNA,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dari PN-Pas, yang ingin mengetahui sekiranya kerajaan mahu wujudkan kerjasama dengan negara lain dalam pembangunan vaksin negara.
Menjawab soalan bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Ahmad Amzad berkata, pelan pembangunan vaksin negara juga akan memberi fokus kepada penyakit lain yang lazim dihadapi rakyat negara ini.
Mengulas mengenai perkembangan terkini pembangunan vaksin negara, beliau berkata, penyelidikan vaksin COVID-19 jenis MRNA hanya melibatkan penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), KKM.
Bagi penyelidikan yang melibatkan kerjasama antara IMR, Institut Penyelidikan Veterinar dan UPM, Ahmad Amzad berkata, kajian yang dilaksanakan adalah berkaitan pembangunan vaksin meliputi teknologi virus ternyahaktif (inactivated virus).
Pada masa ini, jelasnya lagi, kedua-dua kajian vaksin tersebut masih di peringkat awal pembangunan iaitu bukti konsep (Proof of Concept).
“Bagi vaksin mRNA, aktiviti terkini adalah calon vaksin akan menjalani proses "in-vitro transcription" yang melibatkan pelbagai ujian makmal yang kompleks.
“Seterusnya, aktiviti terkini berkaitan penyelidikan vaksin virus ternyahaktif adalah proses menyahaktif virus yang terpilih dan penambahan bahan khas iaitu adjuvan untuk meningkatkan tindak balas vaksin,” katanya lagi
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#vaksin tempatan
#Ahmad Amzad Hashim
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan